Friday, 20 July 2012

Selamat menunaikan ibadah puasa...



SELAMAT berpuasa kepada pembaca blog ini yang beragama Islam. 
Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini...


Ingatan tulus ikhlas daripada...

Z-o-o-m! Team

Friday, 13 July 2012

KEKOSONGAN JAWATAN DI HARIAN EKSPRES



PENOLONG PENGARANG/PENTERJEMAH

PERMOHONAN adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pengarang/Penterjemah di Harian Ekspres.

Pemohon mestilah:
* sekurang-kurangnya mendapat kredit dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris di peringkat SPM
* boleh menterjemah teks dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dengan baik
* bersedia bekerja tidak tentu masa
* sebaik-baiknya mempunyai kenderaan sendiri.

Sila hantar resume anda kepada:

Pengurus Besar
P. O. Box 10139
88801 Kota Kinabalu

atau emelkan ke harianekspres@ymail.com.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Julai 2012.

Hanya calon senarai pendek akan dihubungi.


Sumber:
Harian Ekspres
14, 15 dan 16 Julai 2012

Usahawan gaharu




SEKUMPULAN pelabur tanaman gaharu dari Sabah mengabadikan kenangan selepas melawat sebuah kilang pengeluar produk kesihatan dan kecantikan berasaskan tanaman gaharu di wilayah Nakhon Si Thammarat, di Selatan Thailand. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agarwood Network (Thailand) Co. Ltd, Prof Auma Tasa (belakang, kedua dari kanan) dan Pengarah Projek dan Perancangan syarikat itu, Dr Muhammad Ismail Lohmoh (berdiri, kanan).

Lawatan dari 29 Jun – 2 Julai 2012 itu diselaraskan oleh SabahSiam Gaharu Plantation, yang berpangkalan di Kota Kinabalu, bagi memberi pendedahan kepada peserta lawatan mengenai peluang-peluang perniagaan berasaskan tanaman gaharu yang sudah lama berkembang menjadi sebuah industri di Negara Gajah Putih itu. – Boyd PV

Sumber:
Harian Ekspres
9 Julai 2012

Sunday, 8 July 2012

Broadway Musical Concert...


Friday, 6 July 2012

Pangazou is very tough, says Wilton

Wilton in one of the scenes..
LOCAL actor Wilton Hamdih Gudol, who plays Somboi, one of the leading casts in the 13-episode television series, Pangazou, said, “It is very tough. Of all the productions that I have been in, this is one of the toughest because of the fighting scenes.”

A large part of the television series consists of fighting scenes and so most of the actors would have to learn the choreography before going into the shoot.

Wilton, who has been in a local telemovies like Khabar Angin Dari Borneo and drama series Cinta Seteguh Kinabalu, also had to learn new languages and the Kadazan martial arts, Silat Kuntau.

“About two or three weeks before shoot, we had to learn the steps. It is quite difficult but our stunt co-ordinator made it easy,” said the Dusun lad.

The upcoming television series started production in late May. Apart from the few setbacks due to the unpredictable weather in May and early June, the production is going well and has been a great learning experience for all involved.

Director Dr Anwardi Jamil said that the process was a fast learning curve for local talents and crew who have not had prior experience in television/ movie production.
Directing together with Dr Anwardi is his son, Aidyl Abadi Anwardi or Buddy, as he is popularly known. Buddy loves the visual temperature in Sabah and how united Sabahans are regardless of their different backgrounds. “It makes it easier to work with them,” said the 27-year-old director who has also directed Bola Cinta 2, Pesona Kasih and 3 Cerita 3 Sutradara.

To help tell the story and create the mood, this drama uses cinema-quality prime lenses instead of using the point-and-shoot method, which is commonly used in a typical television production. “More planning and consideration are needed to set up a scene using two high end HD cameras with such lenses,” explained Buddy.

Buddy talks about Pangazou.
There is a massive battle scene in the Kadazan segment of the story where there are 40 to 50 people on screen. Although this isn’t the hardest stunt that Buddy has ever coordinated, it is still going to be a big task. Buddy will be choreographing the huge group of people together with two coordinators, Gipul Wasli (who also acts as the other leading character, Bihangan) and Izzat Dzid.

Local martial artist, popularly known as Kyo Kyedee, said this is a huge opportunity for him. Kyo initially auditioned as stunt person but he was instead offered the role of Gantang - a calm yet skillful fighter in Pangazou

Although Pangazou uses mostly Silat Kuntau, Kyo added in some of the techniques he learned in boxing, Muay Thai and Taekwondo to help portray Gantang’s fighting skills better.

Set in the 18th century Pangazou tells the epic adventure of two young brothers, Somboi and Bihangan. Adapted from Tan Sri Dr Herman Luping’s novel of the same title, Pangazou is a joint-production between Webtv Dotcom Sdn Bhd and Manjafilms Sdn Bhd, with the association of a newly set up local production company Pangazou Film Productions Sdn Bhd. The series includes Queenera Kitingan, Bo Tiza, Francisca Albert Siap, Affy Jacklynda Entawin, Schilla Acha, Marc Abbas and Ryot Aflred Ujin.

The television series is scheduled to be screened by January 2013 on RTM.

For more updates on Pangazou, visit their Facebook page ‘Pangazou - The TV Epic Series’

Tuesday, 3 July 2012

Mak Yong Puteri Jerijit Emas pupuk semangat 1Malaysia

BABAK Peran Tua dan Peran Muda cuba memperdaya Raja Besar
untuk mendapatkan wang ihsan mengundang gelak ketawa penonton.


Boyd PV
myyzoom.blogspot.com

BIARPUN menggunakan Bahasa Melayu dialek Kelantan, penonton pementasan Mak Yong Puteri Jerijit Emas di Auditorium JKKN Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini masih boleh turut sama bergelak ketawa melihat telatah pelakon-pelakon serta mendengar dialog bersahaja mereka yang disulami dengan unsur-unsur tempatan.

Ungkapan yang sinonim dengan Sabah seperti ‘boleh bah kalau kau’, ‘bah’ dan ‘pilak’, antara lain, serta nama-nama tempat termasuk Centre Point, Tamparuli, Teluk Likas dan Kampung Air membuatkan penonton, khususnya yang berasal dari Sabah, merasakan mereka adalah sebahagian daripada pementasan itu.

Mak Yong Puteri Jerijit Emas dipersembahkan sempena Siri Jelajah Kijang Emas 2012 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Ia dijayakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan yang turut dibantu oleh artis-artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, artis budaya JKKN Sabah serta penuntut-penuntut Universiti Malaysia Sabah.

Persembahan dua malam berturut-turut pada 22 dan 23 Jun lalu di Auditorium JKKN Sabah itu adalah persinggahan terakhir mereka selepas Pahang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Mak Yong adalah sebuah teater tradisional yang mempunyai elemen tarian, nyanyian serta lakonan. Ia adalah sebuah persembahan muzikal yang sepatutnya bersifat menghiburkan.

Penulis datang dari latar budaya yang berbeza dan belum pernah ada kesempatan menyaksikan persembahan teater tradisional dari Kelantan itu. Kerana itu, sebelum melangkah masuk ke Auditorium JKKN Sabah, penulis agak skeptikal mengenai unsur hiburan dalam persembahan yang sarat dengan elemen tradisional itu.

Selain iringan muzik tradisional yang dihasilkan oleh alat muzik rebab, gong, gendang ibu, gong anak, kesi dan canang, pakaian sebahagian besar pelakon dan bahasa yang mereka gunakan juga membuatkan penulis merasakan seperti berada di negeri lain.
Tarian Mengadap Rebab sedikit membosankan kerana
adegannya yang terlalu panjang.

Rasa sedikit bosan pantas terasa sebaik sahaja tirai persembahan 18 babak selama hampir dua jam setengah itu dibuka dengan persembahan Tarian Mengadap Rebab yang menceritakan mengenai persediaan seorang raja untuk memerintah sesebuah negeri. 

Apa yang dapat disaksikan di atas pentas ketika itu ialah sekumpulan pelakon lengkap berpakaian tradisional menyanyi satu lagu dalam bahasa yang sangat asing sambil diiringi bunyi-bunyian tradisional.

Tarian Mengadap Rebab adalah segmen pertama dalam mana-mana pementasan Mak Yong.

Memandangkan bahasa yang digunakan dalam lagu-lagu teater tradisional Mak Yong itu adalah bahasa sastera lama Kelantan, penonton sukar untuk memahami intipatinya.

Bagaimanapun, rasa bosan itu cepat berlalu kerana kekangan bahasa sudah diambil kira sejak dari awal di mana penganjur meletakkan sebuah skrin besar di tepi kiri pentas.

Skrin itu menayangkan slaid yang memberitahu penonton mengenai apa yang sedang berlaku di atas pentas.

Dan momentum persembahan mula terasa apabila pelakon-pelakonnya mula berdialog.

Sekalipun bertutur dalam dialek Melayu Kelantan, dialog mereka masih boleh difahami, mungkin kerana sebelum ini penonton sudah pernah mendengar bahasa itu digunakan dalam beberapa sitkom di kaca televisyen.

Dialog bersahaja dan aksi spontan dua watak pengasuh – Peran Tua (lakonan Abd Muhaimin bin Abdullah) dan Peran Muda (Che Mohd Rasul bin Che Soh) menghidupkan jalan cerita Puteri Jerijit Emas.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kedua-dua watak itu adalah tunjang kepada kejayaan penceritaan teater tersebut.

Melalui dua watak itu, elemen-elemen lucu diselitkan bertalu-talu sehingga penonton tidak sedar masa berlalu.

Dialog lucu mereka yang banyak disulami dengan unsur tempatan seperti ‘ok bah kalau kau’ dan ‘bah’ membuatkan penonton yang hampir memenuhi kesemua 571 tempat duduk di auditorium itu tidak kering gusi.

Penonton semakin galak ketawa apabila dua watak ini bijak menyelitkan nama-nama tempat seperti Center Point, Tamparuli, Teluk Likas dan Kampung Air, antara lain, dalam dialog mereka.

Antara babak menarik ialah ketika watak Peran Tua menghadap Raja Besar (lakonan Rosnan Rahman) untuk meminta wang ihsan dengan helah kononnya Peran Muda telah meninggal dunia.

Mereka memerlukan wang ihsan itu kerana ‘duit gaji belum masuk bank’.

Mak Yong Puteri Jerijit Emas mengisahkan Raja Muda Kesukma Jaya (lakonan Nor Bariah binti Salih) meminta izin daripada ayahandanya, Raja Besar, untuk keluar berburu bersama dua pengasuhnya – Peran Tua dan Peran Muda.

Ketika berada di hutan, Raja Muda terdengar bunyi kicauan sekumpulan burung yang sedang mandi di sebuah kolam.

JELMAAN Puteri Jerijit emas (ketiga dari kanan)
dan inang-inangnya sedang mandi kolam.
Burung-burung itu sebenarnya jelmaan Puteri Jerijit Emas (Nur Qul’Ain Saari ) dan inang-inangnya yang ditukarkan oleh penjaga puteri itu, Nenek Pendita (lakonan Siti Nur Fatihan Ariffin) menjadi burung untuk menjaga keselamatan mereka.

Raja Muda Kesukma Jaya dan dua pengasuhnya itu terus mencari dari mana datangnya suara burung-burung itu.

Mereka kemudian menemui lokasi itu dan menebar jala untuk menangkap burung-burung tersebut. Jala itu terkena Puteri Jerijit Emas.

BABAK Nenek Pendita bertukar menjadi kucing hutan
ditampilkan penuh dramatik dengan kesan cahaya dan bunyi.
Burung-burung itu lain terbang pulang dan mengadu kepada Nenek Pendita.

Wanita penjaga puteri itu kemudian menjelma menjadi seekor kucing hutan (lakonan Mohd Faiz Adam Sakeri) dan keluar untuk menyelamatkan Puteri Jerijit Emas.

Ketika Raja Muda Kesukma Jaya sedang asyik bermain dengan burung yang ditangkapnya itu, tiba-tiba Nenek Pendita yang menjelma menjadi kucing hutan menyambar Puteri Jerijit emas lalu membawa ia lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua. 

BABAK pertemuan Raja Muda Kesukma Jaya (kanan)
dan Puteri Jerijit Emas (kiri) di Gua Balik Angin.
Nenek Pendita menyihir pintu gua itu dengan beratus ekor ular berbisa.

Raja Muda Kesukma Jaya terus mencari burung yang dilarikan kucing hitam itu dan menemui sebuah gua yang dikawal ratusan ekor ular berbisa itu.

Dengan kuasa sakti yang ada pada Raja Muda Kesukma Jaya, baginda berjaya masuk ke dalam gua itu dan bertemu dengan Nenek Pendita.

Selepas diberitahu oleh Nenek Pendita bahawa burung itu adalah jelmaan Puteri Jerijit Emas, mereka kemudian diperkenalkan dan jatuh cinta.

Raja Muda Kesukma Jaya kemudian memperisterikan Puteri Jerijit Emas.

Mak Yong mempunyai himpunan 12 cerita termasuk Anak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati, Dewa Muda, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Dan kisah Puteri Jerijit Emas dipentaskan buat kali pertama tahun ini.
Mak Yong merupakan satu-satunya kesenian rakyat Malaysia yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan pada 25 November 2005. 

Sejak tarikh pengisytiharan tersebut hingga ke hari ini Mak Yong Kijang Emas di bawah JKKN Kelantan telah menjadi perintis dan merupakan kumpulan yang berjaya dihidupkan dan aktif mengadakan persembahan secara profesional di dalam dan luar negara.

Memandangkan Mak Yong merupakan satu bentuk kesenian tradisional yang hampir dilupakan, maka JKKN mengambil inisiatif bagi meneruskan kesinambungan hayat Mak Yong sebagai genre kesenian kebanggaan rakyat Malaysia.

Satu program siri persembahan Jelajah Kijang Emas dan Bengkel Mak Yong kemudian telah dirangka di setiap negeri yang dipilih untuk melestarikan warisan tradisional itu supaya ia terus terpelihara dan dihayati oleh generasi akan datang termasuk dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

Siri Jelajah Kijang Emas bertujuan mengangkat dan mengiktiraf kumpulan Mak Yong Kijang Emas dalam mempersembahkan teater tradisional di samping memartabatkan kembali kesenian itu dalam bentuk dan konsepnya yang asal.

Antara yang turut hadir menyaksikan pementasan itu ialah Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datu Rosmadi Sulai dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Adlin.

Biarpun ia datang dari latar belakang budaya yang berbeza, pementasan Mak Yong Puteri Jerijit Emas berjaya bersatu dengan penonton tempatan dan memupuk semangat 1Malaysia dalam persembahannya.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan persembahan itu.

KUMPULAN pemuzik tradisional yang
mengiringi persembahan Mak Yong Puteri Jerijit Emas.

PENGARAH teater tradisional itu, Ruhani Mohd Zin
(baju warna biru) serta barisan pelakonnya.