Harian Ekspres
REY berada di konti Suriafm Sabah di 1Borneo. |
KELMARIN, 13 Jun, genaplah sudah setahun Rey Kimara bersama keluarga Suriafm.
Dalam tempoh itu, banyak pengalaman suka duka dilaluinya dalam membina kerjaya sebagai penyampai radio.
Di awal kemunculannya, Rey pernah dikatakan telah “menikam Othoe dari belakang” kerana kononnya telah memainkan peranan untuk menyingkirkan bekas penyampai Suriafm paling popular itu dari Suriafm sedangkan, hakikatnya, itu tidak pernah berlaku.
Tergelak Rey apabila diajak mengenang episod itu.
“Orang luar tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi saya sudahpun menutup episod itu tanpa menyimpan rasa dendam kepada sesiapa,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Masih bergandingan dengan Farish untuk slot Suria Pagi Kinabalu, Rey semakin selesa dengan tugasnya sebagai penyampai radio.
“Dulu bangun subuh pun masalah besar juga, sekarang tidak lagi… orang bilang ‘alah bisa tegal biasa’,” katanya yang semakin sasa selepas mengikuti program memantapkan otot-otot badannya.
REY dan Farish pernah dikritik di awal kemunculan mereka di Suriafm Sabah kerana tidak mempunyai keserasian ketika mengendalikan slot Suria Pagi Kinabalu. |
“Bercakap pun sangat sukar waktu itu kerana terlalu penat dengan komitmen lain di luar konti.
“Sebagai penyanyi, saya cari makan dengan menerima undangan menyanyi dan selagi itu tidak bercanggah dengan jadual tugas, saya tiada masalah untuk menerima tawaran menyanyi. Pengurusan saya juga memahami keadaan itu.
“Saya tidak ingat persembahan apa yang jayakan waktu itu tapi memang waktu itu saya rasa sangat penat, tidur tidak cukup sehingga saya kehilangan suara.
“Saya rasa sangat azab apabila bercakap pada waktu itu kerana tekak terasa perit. Tapi demi pendengar Suriafm, saya datang juga bertugas di konti seperti biasa.
“Rasanya, pendengar masih ingat kejadian itu,” katanya yang setakat ini masih dapat membahagikan masanya mengajar vokal di Papier Mache Music House And Education di Tuaran.
“Saya juga merasa sangat gembira apabila dapat menggumpul pendengar… dari konti Sufiafm, saya mendapat ramai kenalan,” katanya yang terharu dengan sokongan pendengar-pendengar setia Suriafm.
Gandingan serasi Rey & Farish. |
“Itu sebenarnya perniagaan keluarga. Saya bersyukur kerana perniagaan itu berjalan dengan baik. Dengan adanya perniagaan itu, saya kena lebih bijak membahagikan masa.
“Biasanya, selepas bertugas di konti, saya akan membantu keluarga menguruskan perniagaan itu jika tiada komitmen lain dalam bidang nyanyian,” kata Rey yang akan muncul dengan sebuah album kompilasi MTV Karaoke terbitan LRX Production dalam masa terdekat.
“Album itu turut memuatkan single terbaru saya, Saya Urang Sabah,” jelas Rey yang mempunyai jadual menghiburkan peminatnya setiap Jumaat dan Sabtu di Angle Bar Café di Salut Commercial Centre bersama kumpulannya, Kimara.
Sumber:
Harian Ekspres, 14 Jun 2012
No comments:
Post a Comment