Tasik Siba |
Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM22,000.
Menurut Pengurus Operasi Layaran Event Management, Sofyan Awang, pertandingan itu akan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.
Pemancing dengan tangkapan paling berat akan menerima hadiah wang tunai RM7,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000.
Hadiah saguhati berupa wang tunai turut menanti peserta di tempat keempat hingga ke-20.
Pihak penganjur mengharapkan para pemancing daripada seluruh negeri Sabah menyertai pertandingan itu yang setakat ini telah menerima penyertaan lebih 200 pemancing termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.
Pemancing pertama yang berjaya mendaratkan ikan melebihi 20kg akan menerima RM1,000 sementara pemancing yang berjaya mendaratkan ikan patin bertanda akan menerima wang tunai sebanyak RM3,500.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sofyan di talian 019-8220018 atau layari laman Facebook – Antoo Pancing.
Seorang pemancing tegar bersama tangkapannya di Tasik Siba. |
No comments:
Post a Comment