Sunday, 19 February 2012

13-year old walks home with more than RM30,000

Aaron Bosuang and his Mom Caroline Paglar
Aaron Bosuang and Mother and hitz KK team


Hitz KK 100.8fm is proud to announce the winner for “hitz KK RM50,000 Mystery Laughs”, where Aaron Bosuang is laughing his way to the bank with RM 31,047.00!

On Sunday, Aaron managed to shovel himself RM31,047.00 during the finale event held at 1 Borneo Hypermall. For the past two weeks, KK-ians have been trying to guess six mystery laughs played by the announcers and Aaron Bosuang turned out to be the first to be able to guess all six in the correct order. Clues were given out on air, on ground, on hitz KK facebook, fbkk.hitz.fm and on Daily Express.

“The clues really helped and I spent few hours a day researching on YouTube and E News. I am happy that all my hard work paid off,.” said Aaron Bosuang. When asked what is he going to do with the money, he said “I am going to get myself a new puppy and a laptop.”

Penipuan bayaran artis perlu dihentikan: Janry

JANRY: Penganjur sepatutnya berhubung
terus dengan artis
Boyd PV
boyd_pv@yahoo.com

SEJAK dari dulu, kita sudah banyak dikhabarkan mengenai kisah promoter atau penganjur yang didakwa menipu bayaran untuk artis Sabah.

Tapi jarang pula kita dengar ada artis Sabah yang bertindak drastik dengan membuat laporan polis terhadap promoter atau penganjur yang didakwa menipu artis.

Maka, apabila Janrywine J Lusin berkongsi dalam laman sosial Facebook mengenai laporan polis yang dibuatnya terhadap seorang promoter bebas, ia mengundang polemik berpanjangan.

Tindakan penyanyi Macam D KK itu mengejutkan ramai rakan artis dan peminat-peminatnya sekaligus membuka mata banyak pihak bahawa segelintir artis tempatan tidak lagi mudah diperkotak-katik kerana mereka semakin sedar akan hak mereka.

Hiburan Ekspres menemui Janry untuk mendapatkan cerita di sebalik laporan yang dibuatnya di Balai Polis Kinarut pada 2 Februari lalu.

“Saya bertindak begitu bukan untuk mengejar wang bayaran yang dijanjikan itu, tapi saya nekad melakukannya kerana penipuan terhadap artis-artis Sabah perlu dihentikan,” katanya.

Apa sebenarnya yang berlaku?

“Saya dihubungi oleh promoter ini untuk tawaran menyanyi di sebuah majlis Tahun Baru Cina di Pitas tidak lama dulu.

“Atas dasar saling percaya, saya terima jemputan itu selepas jumlah lagu dan bayaran dipersetujui.

“Mengikut perbincangan awal, saya diminta menyanyi tiga buah lagu tapi apabila sampai di sana, saya diminta menyanyikan tambahan satu lagu menjadikan empat kesemuanya. Demi peminat, saya bertolak ansur dengan permintaan mereka.

“Malangnya, sejak saya selesai menyanyi pada hari itu sehinggalah ke hari ini, saya tidak menerima bayaran yang dijanjikan oleh promoter itu.

“Malah, ketika saya berada di Pitas pun saya langsung tidak nampak promoter itu.

“Saya beri dia tempoh tiga hari, dia tidak hubungi saya. Saya tunggu seminggu, pun tidak ada juga.

“Merasakan hak saya telah dicabuli, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dengan harapan perbuatan promoter bebas itu dapat dihentikan kerana saya mendapat tahu selepas itu, ramai artis lain pernah menjadi mangsa penipuan promoter yang sama,” kata Janry yang meminta agar nama individu terbabit tidak didedahkan buat masa ini.

“Perkara ini sudah sampai ke mahkamah. Saya sudah menerima surat panggilan untuk ke mahkamah minggu depan (minggu ini),” tambahnya.

Menurut Janry, ini adalah kali kedua dia berurusan dengan promoter yang sama.

“Tapi saya tidak berminat untuk bercerita mengenai apa yang berlaku di Sandakan. Cuma sekarang ini, saya tidak mahu lagi cakap banyak. Kita jumpa saja di mahkamah.”

Dimana silapnya sehingga perkara seperti ini boleh berlaku?

“Terlalu percaya. Saya akui itu kesilapan saya. Tapi pengalaman ini mengajar saya sesuatu. Jangan mudah percaya dengan janji mulut. Ini peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan artis lain.

“Sebaik-baiknya apapun urusan membabitkan kerjaya nyanyian, dapatkan hitam putih. Kerjaya menyanyi perlu diurus secara profesional. Jika tidak, kita akan terus menjadi mangsa mereka yang suka mencari kesempatan,” katanya.

Janry sempat berpesan kepada mana-mana artis Sabah yang ditipu oleh promoter atau penganjur:

“Jangan bertindak melulu. Dapatkan pandangan rakan-rakan artis lain mengenai langkah terbaik yang perlu dilakukan. Jangan ada sikap sombong, artis di Sabah perlu bersatu hati jika kita ingin melihat arena hiburan di Sabah berkembang menjadi sebuah industri.”

Janry juga berpesan kepada penganjur acara agar berurusan terus dengan artis jika memerlukan khidmat mereka.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Janry kini sedang sibuk membuat persiapan untuk pelancaran album Macam D KK.

“Syukurlah, semuanya sudah selesai. Album Macam D KK sudah ada di tangan saya dan jika tiada halangan, majlis pelancaran album itu akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.



Artis perlu tahu hak mereka: Rozza

ROZZA: Pengalaman adalah guru terbaik
PENYANYI Rozza Rothman, yang secara kebetulan bersama-sama Janry ketika itu, turut menyuarakan sentimen yang sama.

“Pengalaman adalah guru terbaik. Sebelum ini saya sudah pernah bersuara dan memberi amaran kepada segelintir rakan artis mengenai individu yang dimaksudkan.

“Tapi ketika itu saya pula dituduh iri hati dengan mereka. Jadi saya biarkan. Sekarang apabila saya dengar perkara seperti ini masih berlaku, saya rasa sangat terkilan kerana saya sudah pernah bagi amaran mengenainya tapi tidak diendahkan,” kata Rozza.

Menurut pemilik syarikat Rozza Entertainment ini, dia cukup mengenali promoter yang dimaksudkan kerana individu itu pernah bekerja dengannya.

“Tidak lama tapi cukup untuk saya mengenali siapa dia sebenarnya. Kawan-kawan pernah bagi amaran juga tapi saya bukan jenis yang mudah percaya cakap orang bulat-bulat.

“Saya selidik dulu dan berdasarkan pengamatan saya, apa yang disampaikan kepada saya oleh kawan-kawan memang benar,” katanya ketika diminta menjelaskan post yang dihantarnya ke laman Facebook.

“Beginilah,” kata Rozza, “artis-artis kita yang serius mencari rezeki dalam bidang ini perlu tahu hak mereka. Jangan biar diri diperalatkan.

“Bagi saya, mana-mana promoter tidak sepatutnya memotong bayaran yang sudah dikhususkan untuk artis.

“Contohnya, kalau bayaran RM2,000 sudah dipersetujui untuk artis buat persembahan, serahkan jumlah itu kepadanya kerana itu hak dia. Kenapa perlu dipotong?

“Promoter kalau mahu cari pendapatan, dia boleh mark-up bayaran yang diminta oleh artis. Berapa dia dapat, itu rezeki dia, kami tidak mahu ambil tahu.

“Tapi tolonglah jangan potong bayaran yang sudah dipersetujui untuk artis dengan memberikan pelbagai alasan. Enough is enough!”

Menurut Rozza, selagi artis terus berurusan dengan mana-mana promoter tidak jujur, selagi itulah promoter-promoter seperti itu akan terus memperalatkan mereka.

Rozza juga menegur sikap persatuan artis tempatan, Pertisa, yang menurutnya langsung tidak mengambil tahu mengenai masalah artis.

“Pertisa sepatutnya mendepani artis dalam hal-hal seperti ini. Atau setidak-tidaknya, datang bertanya mengenai apa yang berlaku dan tawarkan apa-apa bantuan yang boleh.

“Di Facebook, saya ada ramai kawan dari kalangan mereka yang memegang jawatan penting dalam Pertisa.

“Mereka tahu mengenai apa yang berlaku tapi tidak seorangpun bertanya kepada saya mengenai perkara itu, apa lagi menawarkan sebarang bantuan atas nama persatuan,” kata Rozza yang baru-baru ini merakamkan single Oupus Oku Diya untuk dimuatkan dalam album kompilasi Projek Amal Artis-Artis Sabah.

Penyanyi lain yang turut terbabit dalam projek itu ialah Clarice J Matha, Ebi Kornelis, Marcel Gatisi, Esther Clement Tubong, Lydia Kalidin, Ryna dan Syra Gom.

Thursday, 9 February 2012

Temubual eksklusif bersama Omekk di Harian Ekspres


IKUTI temubual eksklusif bersama OMEKK di akhbar HARIAN EKSPRES keluaran Jumaat, 10 Februari 2012. Antara kandungan dalam artikel itu yang ditulis oleh Kazalinah Kamaludin, OMEKK berkongsi tips-tips untuk memburunya.. dapatkan naskhah anda seawal mungkin untuk meningkatkan peluang anda memenangi wang ganjaran yang ditawarkan. KLU terkini juga dimuatkan di akhbar itu.

Monday, 6 February 2012

Jom cari OMEKK



Peluang memenangi wang tunai sehingga RM50,000. Dapatkan klu di akhbar HARIAN EKSPRES setiap hari sepanjang peraduan ini berlangsung.

Resepi istimewa..Bambangan vs Bunga Kantan

Bahan-bahan untuk resepi  Bambangan vs Bunga Kantan ini mudah diperolehi.  


Zoom! ingin berkongsi resepi istimewa BAMBANGAN vs BUNGA KANTAN. Rasa enak sehingga menjilat jari...

Bahan-bahan:

Bambangan yang sudah dijeruk
Bunga kantan
Lada Susu (kalau mau lagi pedas, tambahkan cili padi)
Bawang besar
Minyak masak
Garam, serbuk perasa dan gula serta air
Belacan

Note: Suka hati kamurang mo guna berapa banyak...pandai-pandai la agak sendiri.

Cara-cara memasak:

Tumiskan bawang besar hingga layu. Masukkan belacan dan tuang sedikit air untuk memudahkan ia hancur. Selepas itu masukkan bunga kantan dan lada susu/cili padi. Tumiskan sekejap sebelum masukkan bambangan jeruk. Biarkan di atas api sederhana sehingga layu.

Sesuaikan rasa dengan memasukkan garam, serbuk perasa dan gula (jika mahu).

(Perlu digaul sentiasa bagi mengelakkan masakan anda hangus kecuali jika anda memasak menggunakan periuk non-stick).

Apabila sudah pecah minyak, matikan api.

Setelah agak sejuk, angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan basung goreng... asadap kangku diau..  cubalah... ahaks...

Sunday, 5 February 2012

Peluang menangi sehingga RM50,000...



Dapatkan klu yang disiarkan setiap hari di akhbar HARIAN EKSPRES bermula 6 Februari 2012 untuk  meningkatkan peluang anda mengesan Orang Misteri ERA KK.....