Monday, 15 November 2010

Rey seronok bergerak berkumpulan

Boyd PV
boyd_pv@yahoo.com
SELEPAS menamatkan pengajiannya dalam bidang muzik di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tidak lama dahulu, Rey mengambil keputusan untuk memusatkan kerjaya seninya di Sabah bermula tahun ini.
Selain mengendalikan kelas muzik dan vokal di beberapa sekolah muzik di Tuaran dan Kota Kinabalu, dia terus aktif menyanyi dan bermain muzik bersama kumpulan Kimara, menjelajah dari kelab ke satu kelab di Ibu Negeri.
Rey mengakui seronok bergerak bersama sebuah kumpulan muzik kerana dapat saling bertukar pengalaman sesama ahli kumpulan. Tambahan lagi kebanyakan anggota kumpulan Kimara adalah kenalan rapatnya sejak dari zaman sekolah lagi.
"Ini satu pengalaman baru bagi saya. Kalau sebelum ini saya lebih banyak bergerak secara solo, peluang untuk berkarya bersama sebuah kumpulan memberikan pengalaman dan keterujaan yang berbeza," katanya yang telah bersama Kimara sejak Jun lepas.
Menjawab satu soalan, Rey menjelaskan dia ingin kerjaya nyanyian solonya bergerak seiring dengan pembabitannya dengan kumpulan Kimara.
"Saya masih lagi bergerak secara solo apabila keadaan memerlukan saya berbuat begitu dan anggota Kimara memahami keadaan itu dan memberi kebebasan kepada saya untuk bergerak secara solo, jika ada keperluan. Itu tidak pernah menjadi satu isu," jelasnya.
Minggu ini, single terbaru Rey, Kasih Tak Kesampaian, mula kedengaran di ruang udara, khususnya di Suria fm. Versi Dusun lagu itu Koginavaan Aanu Humusi dijadual akan dipromosi sedikit masa lagi.
"Saya suka lagu itu dan saya harap pendengar juga menyukainya. Ia adalah sebuah lagu tribute kepada ibu bapa… Lirik puitisnya dihasilkan oleh Jovinia Sipanil manakala melodinya dicipta oleh Golib," kata Rey.
Malam Sabtu ini, Rey dan Kimara akan berada di My Way, Penampang untuk menjayakan sebuah program hiburan membabitkan ramai artis wanita tempatan.
  
Kimara diburu promoter

Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)

KIMARA: (dari kiri Rey, Neil, Owie, Peter, Mark dan Joey

DI KALANGAN pendengar muzik tempatan, nama kumpulan Kimara secara relatifnya masih baharu.
Bagaimanapun, kumpulan ini khabarnya sedang mencipta fenomena di kelab-kelab hiburan sekitar Kota Kinabalu – satu prestasi yang jarang dicapai oleh sebuah kumpulan yang dianggotai anak-anak tempatan yang membesar di kampung.
Itulah istimewanya Kimara yang kini menjadi buruan beberapa promoter yang berminat untuk bekerjasama dengan mereka. Malah temu bual ini terganggu seketika apabila mereka didatangi seorang promoter dari Kota Kinabalu yang datang menjejaki mereka di Kampung Serusop, Tuaran, di mana temu bual ini diadakan.
Dianggotai lima jejaka dan seorang gadis, Kimara baru sahaja menamatkan kontrak menghiburkan pengunjung kelab Siam Thai Bar di Kota Kinabalu selama sebulan sekaligus membuktikan keupayaan anak-anak muda ini untuk bersaing dengan pemuzik-pemuzik luar, terutamanya dari negara Filipina, yang biasanya mendominasi ruang persembahan di premis-premis hiburan eksklusif di Sabah.
Sebelum ini, Kimara berpeluang menghiburkan pengunjung di Edgars, juga di Ibu Negeri.
Kumpulan ini juga sering diundang membuat kemunculan di beberapa kelab lain di Kota Kinabalu. Malah Sabtu ini, mereka akan muncul dalam satu acara hiburan di My Way Café Karaoke and Lounge, Penampang dan pada 23 Oktober nanti, mereka dijadual muncul di D’Junction, Penampang.
Meskipun berkarya dalam ruang lingkup yang agak terhad, ia adalah satu permulaan yang cukup baik bagi kumpulan ini.
Ditubuhkan sejak tahun 2001 tapi tidak menonjol sehinggalah pada pertengahan tahun ini apabila Kimara keluar daripada "persembunyian" mereka di Kampung Serusop, Tuaran bersama beberapa anggota baru yang bakat mereka ‘lebih daripada biasa’.
Kimara dipimpin oleh Peter @ Linggan Dusin, 41 tahun, bermain gitar bass dan penyanyi, Reynaldo Pagie @ Rey (24, gitar kedua/penyanyi), Markus Mark Rundi (25, keyboard/penyanyi), Owie Zahara (23, penyanyi tunggal wanita), Kirby Joey Christe (26, gitar utama/penyanyi) dan Colnief Neil Christe (25, dram/penyanyi).
Kemampuan kesemua anggota kumpulan ini menyanyi dengan baik juga adalah antara kekuatan mereka.
Menurut Peter, sebelum muncul di pentas hiburan komersil, mereka kerap terbabit dalam aktiviti-aktiviti amal untuk menjana hasil bagi membantu aktiviti gereja di daerah mereka.
"Itulah yang kami lakukan sebelum ini, bermain muzik untuk aktiviti-aktiviti amal gereja dan sesekali muncul di khemah-khemah orang kahwin atau pada majlis-majlis keramaian di kampung demi mencari kepuasan dalam muzik.
"Tapi semuanya itu berubah apabila ada pihak yang mula mempercayai bakat kami dan mempelawa kami muncul di kelab-kelab eksklusif serta premis hiburan di Kota Kinabalu," kata Peter.
Setakat ini Kimara mempunyai himpunan lebih 150 buah lagu versi cover, selain lagu sendiri, dalam pelbagai bahasa dan genre termasuk moderate, easy listening dan retro.
"Kami rasakan menyanyi di kelab cukup menguji kerana pengunjung mempunyai latar belakang dan cita rasa muzik yang berbeza," jelas Peter.
"Sebab itulah, sebelum mula muncul di kelab, kami sudah membuat persediaan sewajarnya dengan repertoire lagu-lagu yang bersesuaian.
"Kami bawakan semua jenis lagu, bergantung kepada selera pengunjung," katanya.
"Tapi biasanya kami tidak akan mainkan lagu-lagu yang terlalu agresif kerana ia kurang sesuai untuk tempat seperti itu."
Peter sendiri adalah satu cerita yang menarik. Mula bermain muzik sejak 28 tahun lalu, kerjayanya itu telah membawa pemuzik berbakat ini menjelajah ke beberapa negara termasuk di Singapura (lima tahun) dan China (Hard Rock Café Tour) selama setahun.
Sebelum itu, dia menimba pengalaman berbelas tahun menjaja bakatnya di kelab-kelab ternama di sekitar Kuala Lumpur.
Sebuah kumpulan muzik biasanya sering berhadapan dengan masalah perpecahan. Bagaimana Kimara melihat perkara ini?
"Hanya mati yang akan memisahkan kami," kata mereka hampir serentak.
Mahu atau tidak, untuk lebih memberikan impak, Kimara perlu hadir dengan sebuah album atau sekurang-kurangnya sebuah single yang cukup kuat. Itu percaturannya.
"Kami setuju. Sebab itulah ketika ini kami sedang merancang penerbitan album sulung kami yang kami jangka akan berada di pasaran awal tahun depan.
"Ia akan ditampilkan dalam bentuk mini album dan berkonsepkan tradisional serta fusion contemporary.
"Rakamannya akan kami buat di studio saya di Tenghilan," kata Peter.
Kenapa pilih nama Kimara?
"Kimara adalah gabungan nama dua buah kampung di Tenghilan. "Kim" untuk Kimondou dan "mara" untuk Maradahon," jelasnya sambil menambah ia ada kaitan dengan asal-usul anggota kumpulan itu.
Hala tuju Kimara semakin jelas. Dengan komitmen jitu dan dengan niat yang ikhlas dalam berkarya tanpa terlalu taksub memburu populariti, kumpulan ini dilihat mampu pergi jauh dan menyumbang sesuatu yang bermakna untuk pembangunan industri hiburan di negeri ini.

Kuasa wanita....

Boyd PV
PERANCANGAN yang dibuat dua tahun lalu kini hampir menjadi realiti. Empat penyanyi wanita tempatan yang bersahabat karib – Rozza Rothman, Clarice John Matha, Lydia Kalidin dan Meeda Hamzani – ketika ini sedang sibuk menyiapkan sebuah album mini yang menggabungkan vokal mereka.
Album yang diberi tajuk Wanita itu dijangka siap sepenuhnya Disember ini, kata mereka.
Sesekali mendengar perkembangan artis-artis tempatan berkolaborasi dalam sebuah album memang menyeronokkan. Apa lagi jika projek itu membabitkan empat penyanyi wanita yang mempunyai kelompok peminat masing-masing.

EMPAT jelitawan ini bergaya dengan
busana tajaan Rothman Batik.
(Dari kiri) Rozza, Lydia, Clarice dan Meeda.

"Ini adalah sebuah projek album mini kompilasi yang memuatkan lima buah lagu," kata Rozza sambil diiyakan oleh tiga yang lain dalam temu bual yang berlangsung di pejabat Rothman Batik Sdn Bhd di Tuaran baru-baru ini.
Album yang diterbitkan oleh Online Productions berpangkalan di Keningau itu berkonsepkan etnik kontemporari yang dilatari kepelbagaian budaya di Sabah.
Menurut Rozza, setakat ini dua lagu sudah selesai dirakam di mana salah satu daripadanya ialah lagu berjudul Budaya Kita. Lagu ini menggabungkan kelunakan vokal keempat-empat mereka dan memaparkan kepelbagaian budaya dan bahasa di Sabah. Bait-bait liriknya menggabungkan bahasa-bahasa tempatan termasuk Bajau, Brunei, Kadazandusun dan Melayu, antara lain.
Empat lagu lagi adalah lagu solo masing-masing.
Setakat ini, hanya Rozza sahaja yang sudah menyelesaikan rakaman singlenya yang diberi tajuk Lagenda Huminodun.
"Baki tiga lagu lagi akan disiapkan dalam masa terdekat dan kami menjangka, jika tiada aral melintang, menjelang Disember nanti album ini akan menemui peminat," kata Clarice sebelum menambah, baki tiga lagu single itu belum diberikan tajuk (ketika temu bual berlangsung).
Menurutnya, rakaman album ini sudah bermula sejak bulan Ramadan lalu di studio Canang Production di Kinarut. Tapi kekangan masa kerap membantutkan perancangan mereka.
Bukan mudah untuk menyatukan empat artis dalam satu album kerana komitmen yang mengikat diri masing-masing.
Tapi menurut mereka, peluang berkurung di studio untuk merakam lagu Budaya Kita dipergunakan sebaik mungkin.
Lydia berkata mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk memberi jiwa kepada lagu ciptaan Cyril Aloysius itu.
"Ketika rakaman, lontaran vokal kami adalah spontan kerana kami sudah mengetahui bahagian masing-masing. Kami sukakan hasilnya dan berharap peminat juga begitu," katanya yang mengakui hubungan rapat yang terjalin di antara mereka membantu mempermudah sesi rakaman lagu tersebut.
"Ketika rakaman, kami saling bertukar pandangan dan teguran untuk mencari keharmonian vokal dan teknik penyampaian terbaik. Suasana di studio rakaman ketika itu memang kecoh tapi saya fikir itu sangat membantu dalam menghadirkan mood yang sesuai untuk lagu itu," jelas Lydia.
Bagaimana tercetusnya idea menghasilkan album mini kompilasi ini?
"Kami sebenarnya sudah saling mengenali sejak dahulu lagi kerana kami berada dalam bidang yang sama… kebetulan pula kami memang satu kepala," Meeda berkongsi cerita.
"Apabila kerap bertemu, ideapun tercetus untuk tampil dengan sebuah album mini…tapi itu cerita dua tahun lalu. Dan idea itu mengambil masa untuk dikembangkan kerana faktor kos pembikinan selain sibuk dengan urusan peribadi masing-masing.
"Beberapa bulan lalu, kami mendapat tawaran daripada Online Productions untuk merealisasikan impian itu… kami tidak berfikir lama untuk memberikan persetujuan. Kalau ditanya perasaan kami ketika ini, sudah tentu kami sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat hasilnya," katanya.
Rozza menambah: "Tempoh rakaman agak mengambil masa tapi kami tetap akur. Lagipun, kami tidak mahu album ini jadi album tangkap muat... Biarpun ia sekadar sebuah album mini kompilasi, kami tetap mahukan yang terbaik."
Prestasi jualan album penuh yang agak hambar ketika ini juga menjadi satu faktor kenapa mereka memilih untuk bersatu dalam sebuah album.
"Kami fikir ini adalah pendekatan terbaik," kata Rozza. "Bagi saya sendiri, saya sifatkan pembabitan saya dalam album mini ini sebagai satu cubaan untuk melakukan comeback ke dalam industri," katanya.
"Biasanya apabila ada sesuatu acara berbentuk hiburan, ianya hanya akan membabitkan artis-artis yang sama. Saya ingin menjadi sebahagian daripadanya tapi tanpa lagu terbaru, susah juga untuk saya mendapat perhatian. Dengan adanya single saya dalam album ini, saya berharap peluang akan lebih terbuka luas," katanya.
Bagi Clarice, pembabitannya dalam album ini adalah lambang kesinambungan perjuangannya dalam memartabatkan lagu-lagu berkonsepkan "tempatan" yang sudah sinonim dengan dirinya.
Lydia dan Meeda juga turut berharap kemunculan single masing-masing dalam album ini, serta kolaborasi mereka berempat dalam lagu Budaya Kita akan membuka ruang untuk mereka terus diingati peminat sekali gus membuka jalan untuk mereka muncul dengan album penuh masing-masing.
"Kami sudah lama tidak muncul dengan album penuh masing-masing dan album Wanita ini adalah satu percubaan untuk menguji penerimaan peminat terhadap lagu-lagu kami sebelum kami memikirkan langkah seterusnya," kata mereka penuh optimis.

Episod 16 kembali dengan single terbaru

Kenny (kiri) dan Larry bersama
album single mereka, I Want You Back.
Boyd PV
SETELAH agak lama menyepi daripada sebarang publisiti, kumpulan vokal tempatan, Episod, kembali dengan single terbaru mereka berjudul I Want U Back.

Bagaimanapun, bersama single ini, mereka membawa beberapa perubahan nyata.

Bukan sahaja bilangan anggota mereka berkurangan tapi nama kumpulan juga sudah bertukar menjadi Episod 16.

Belum sempat penulis bertanya mengenai ketiadaan Suri (anggota wanita kumpulan ini) dan Shawn Cephus (warga USA), mereka pantas merungkaikan persoalan:

"Suri sedang berehat dan tidak terbabit dalam pembikinan single I Want You Back. Shawn juga tidak terbabit dalam pembikinan single ini. Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih bersama Episod 16," kata Larry dan Kenny.

I Want You Back ditampilkan dalam genre free pop. Menariknya, walaupun tajuk lagu itu adalah dalam Bahasa Inggeris, ia sebenarnya adalah sebuah lagu Melayu yang menyaksikan kumpulan ini berkolaborasi dengan penyanyi rap Johnny Black.

"Single ini dihasilkan dengan penuh teliti dan mewakili genre muzik yang kami perjuangkan," kata Larry.

Seperti kebanyakan penyanyi lain, Episod 16 memilih untuk tampil dengan sebuah single kerana pendekatan itu dirasakan lebih sesuai dalam keadaan pasaran album fizikal yang agak suram ketika ini.

"Kami sedang berusaha ke arah itu (pembikinan album penuh). Tapi sementara menunggu album penuh siap, kami berharap kehadiran single I Want You Back akan dapat mengingatkan pendengar mengenai kewujudan kami," kata Larry.

Kumpulan ini mengakui mereka agak lama menyepi tanpa sebarang publisiti selepas kelahiran album pertama dulu.

"Dalam tempoh itu, kami sesekali muncul menjayakan program-program amal tapi dalam kebanyakan masa, kami sibuk dengan kerjaya masing-masing dan itu antara sebab kenapa sukar untuk kami menggiatkan promosi album pertama dulu," jelas Larry.

Menurut mereka, selain sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka juga banyak menghabiskan masa membantu menyediakan susunan muzik untuk rakan-rakan artis termasuk Chaq Mentor.

"Kami juga sedang mencari material yang sesuai untuk album penuh kumpulan kami," kata mereka.

"Kami bersyukur kerana kemunculan album pertama dulu berjaya memperkenalkan kami ke persada seni tempatan.

"Dengan kemunculan single I Want You Back ini, kami berharap untuk lebih dikenali," kata Kenny pula.

Single ini dipasarkan melalui laman sesawang www.reverbnation.com/Episod.

Menurut Episod, mereka memilih untuk memasarkan lagu di laman sesawang kerana yakin cara itu lebih mudah.

Setakat ini, ada beberapa lagu disenaraikan di laman sesawang itu termasuk Pikir-Pikir (lagu baru), I Want You Back (ft Johnny Black), Di Manakah Sinar Cinta, True Love dan Hari Jadi Mu.

Episod ditubuhkan pada tahun 2006 dan muncul dengan album pertama pada penghujung tahun 2008. Lagu Di Manakah Sinar Cinta mendapat sambutan yang baik dan berjaya mengangkat nama kumpulan ini sebaris dengan artis tempatan yang lain.

Diajak bercakap mengenai perkembangan muzik di Sabah secara umum, Episod 16 mengakui ianya agak perlahan.

Menurut Kenny, jualan album fizikal ketika ini amat tidak memberangsangkan.

Tapi itu tidak bermakna kita harus kalah dengan keadaan itu, katanya sebelum menambah, "Ia berbalik kepada soal bagaimana kita memasarkan bakat."

Mengenai kecenderungan penganjur membawa artis luar untuk membuat persembahan di Sabah, Episod 16 memberikan pendapat mereka:

"Tidak salah untuk mereka membawa artis luar tapi kalau boleh, berilah ruang kepada artis tempatan kita muncul sebagai pembuka tirai kerana peluang seperti itu akan memberi pendedahan kepada mereka."

Ebi ligat mengatur langkah...

Boyd PV
boyd_pv@yahoo.com

Gambar oleh Ricardo Unto (Thanks dude!) 

KEMBARA seni Ebi Kornelis bermula di pentas nyanyian. Tapi kebelakangan ini, peminat lebih kerap melihat bakat lakonannya berbanding mendengar alunan suaranya.
Satu demi satu tajuk filem, drama tv atau telefilem menyenaraikan namanya sebagai pelakon, baik sebagai teraju utama mahupun memberi jiwa kepada watak pembantu.
Drama 13 episod lakonannya, Madai Menanti, sedang ditayangkan di TV2 setiap Selasa bermula jam 12.30 tengahari.
Banyak lagi tajuk telefilem dan drama lain yang pernah menggunakan bakatnya termasuk Kinabalu Blues, Link Kedua, Melukut Yang Ganteng, Bambaazon, Igauan Semalam, Lafaz Bukan Mainan, 1 Impian, Kerana Sogit, Taubat dan Dua Kali Aku Mencintaimu.
Ada yang sudah ditayangkan, sebahagian lagi menunggu tarikh siaran malah ada di antara tajuk itu dihasilkan dalam format VCD.
Jejaka tampan ini juga baru kembali dari Negeri Sembilan untuk penggambaran telefilem Maung Cinta Si Pengembala Kerbau terbitan RTM. Telefilem itu turut dijayakan Felix Agus, Noni AF dan Mat Kongo, antara lain.
Ebi juga khabarnya bakal terbabit dalam pembikinan telefilem format VCD berjudul Mr Buragas yang dijadual memulakan penggambaran bulan ini.
Wajar disebutkan juga, tahun lepas filem sulung lakonannya, Sayang You Can Dance muncul di pawagam. Biarpun sekadar mendokong watak pembantu, pembabitannya dalam projek itu menguatkan lagi profail seninya.
Lantas, apabila Ebi semakin sibuk beraksi di depan kamera, peminat mula mengandaikan Ebi sudah melupakan bidang nyanyian yang memperkenalkan namanya ke persada seni.
Tambahan lagi, mereka masih tertunggu-tunggu kemunculan album solo Naib Juara AF5 itu.
"Saya sebenarnya masih aktif menerima undangan menyanyi cuma aktiviti saya tidak banyak dilaporkan di akhbar," jelas Ebi dalam satu temu bual baru-baru ini.
"Mana mungkin saya meninggalkan bidang nyanyian kerana di situlah bermulanya langkah saya dalam bidang seni," tambahnya.
Menurut Ebi, melihat kepada perkembangan semasa industri rakaman album, hatinya belum terbuka untuk tampil dengan album solo.
"Bagi saya, tidak berbaloi untuk menghasilkan album studio kerana umum mengetahui jualan album fizikal ketika ini amat tidak memberangsangkan.
"Sedangkan angka jualan album artis-artis popular di Malaysia pun terjejas, bayangkanlah pula penyanyi yang masih berusaha memperkukuh nama seperti saya. Jangan kata 10,000 unit, 5,000 pun belum tentu boleh lepas.
"Bukan tidak ada keyakinan tapi itulah hakikat dalam industri rakaman album kita ketika ini dan kita perlu akur," katanya.
Bagi Ebi, penghasilan single adalah pilihan terbaik untuk memastikan peminat tidak melupakan bakat seseorang penyanyi itu.
"Setakat ini saya sudah menghasilkan enam single dan yang terbaru bertajuk Persembahan Ku akan saya promosikan tidak lama lagi," katanya.
Lagu Persembahan Ku, dirakam tahun lepas, menyaksikan Ebi sekali lagi berkolaborasi dengan komposer Audi Mok.
"Melodi lagu ini adalah ciptaan Audi. Saya tulis liriknya. Saya sendiri sangat teruja dengan single ini kerana sentuhan Audi memang lain daripada yang lain," katanya.
Sebelum ini, Ebi pernah tampil dengan single Sinar Cinta, Romeo dan Juliet, Takkan Berhenti, Musafir Dunia, Dalam Seminit serta Pahlawan Cinta yang diciptanya sendiri.
Single Dalam Seminit kini berada dalam Carta Hitz Sabah.fm terbitan RTM Kota Kinabalu.
Bercerita lanjut mengenai perjalanan kerjaya seninya, Ebi berkata dia sudah kembali menetap di Sabah sejak April lalu.
"Sejak kebelakangan ini, alhamdulillah rezeki saya lebih banyak di sini. Undangan menjayakan persembahan pentas juga masih ada dan banyak syarikat produksi drama dan telefilem menawarkan kepada saya peluang untuk bekerjasama dengan mereka dan mengasah bakat dalam bidang lakonan.
"Akhirnya saya nekad untuk memusatkan kerjaya seni saya di sini. Sesekali, saya akan ke semenanjung atau Sarawak untuk memenuhi undangan menyanyi di sana terutamanya daripada Astro."
Lagipun, kata Ebi, tiga tahun berjauhan dengan ibu bapanya, dia sangat rindu untuk kembali tinggal sebumbung dengan mereka.
"Tidak sampai hati membiarkan mereka berdua lebih lama. Cukuplah tiga tahun saya berjauhan dengan mereka," kata anak tunggal dalam keluarga itu.
Ebi berharap sedikit pengalaman di bidang seni yang dikutipnya di Kuala Lumpur akan dapat dimanfaatkan untuk membantu merancakkan industri hiburan di negeri ini.
"Tidak dinafikan ada segelintir artis Malaysia yang menjadi kaya dengan menyanyi atau berlakon. Tapi saya terbabit dalam bidang ini bukan untuk memburu kekayaan sebaliknya sekadar mencari kehidupan yang lebih selesa berbanding sebelum ini, untuk saya dan ibu bapa saya.
"Sejak di AF (Akademi Fantasia 5) lagi, peminat sudah maklum mengenai latar belakang kehidupan saya. Alhamdulilah… sekarang dengan rezeki yang Tuhan berikan kepada saya dalam bidang ini, saya berpeluang menikmati kehidupan yang sedikit selesa," katanya ketika ditanya mengenai matlamatnya dalam industri ini.
Rata-rata penyanyi tempatan mengeluh mengenai bayaran tidak setimpal yang mereka terima daripada penganjur acara berbanding bayaran yang diberi kepada penyanyi dari luar. Ebi mungkin ada pandangannya sendiri mengenai perkara ini memandangkan dia pernah mencipta populariti di Ibu Negara sebagai "Bintang AF" sebelum memusatkan kerjaya seninya di Sabah.
"Bagi saya, soal bayaran tidak setimpal untuk artis tempatan memang wajar diberi perhatian oleh pihak penganjur. Bagaimanapun, mewakili penyanyi-penyanyi lain saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Masidi (Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) yang prihatin terhadap nasib artis-artis tempatan dan mengambil inisiatif untuk menaikkan bayaran untuk mereka.
"Sejujurnya, saya tidak terlalu berkira mengenai soal bayaran tapi biarlah berpatutan dengan kualiti kerja yang kita buat.
"Saya juga tidak memilih majlis kerana ini adalah periuk nasi saya. Selagi saya mampu, saya akan berusaha memenuhi undangan mereka. Kadang-kadang undangan menyanyi di majlis kahwin di kampung-kampung pun saya terima dan bayarannya terpulang kepada kemampuan pihak pengantin. RM1,500 pun saya terima dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan kehadiran kita di sana.
"Bagi saya, populariti memang memainkan peranan (dalam penetapan bayaran) tetapi saya tidak mahu mengambil kesempatan dengan meminta bayaran yang terlalu tinggi. Cuma, biarlah berpatutan," katanya.
Mengenai perjalanan kerjaya Ebi yang semakin kurang mendapat ruang di akhbar atau majalah, Ebi mengakui perkara itu.
"Tapi ada juga sesekali saya dipanggil untuk buat photoshoot bersama majalah... tidaklah sekerap dulu ketika baru keluar AF," katanya.
Jesteru, untuk terus mendekatkan diri dengan peminat, Ebi berhubung dengan mereka melalui laman web sosial, Facebook.
"Di sana mereka boleh mengetahui lebih cepat apa-apa perkembangan membabitkan kerjaya seni saya."
Melalui alam maya juga, peminat mula bercakap mengenai fizikal Ebi yang semakin ‘kembang’. Pendapat mereka, sebagai artis, Ebi sepatutnya mengawal berat badan.
"Ya memang badan saya sudah ‘naik’," akuinya jujur sambil ketawa.
Menurut Ebi, keadaan itu berlaku mungkin kerana makan minumnya kini lebih terjaga sejak kembali tinggal bersama ibu bapanya.
"Tapi…janganlah terlalu membandingkan fizikal saya yang dulu dengan sekarang. Perubahan fizikal seseorang sesuatu yang lumrah dalam kita meniti usia. Lagipun, dulu saya seorang atlet dan berlatih enam jam sehari, pagi dan petang.
"Sekarang, saya hanya ke gym apabila ada kesempatan. Tapi saya tidaklah gempal sangat pun… jika saya kawal pemakanan mungkin masih boleh ‘diselamatkan’. Saya berterima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap keadan fizikal saya.
"Tapi ada juga yang suka tengok badan saya begini terutama mak saya sebab bagi mak saya, kalau saya kurus bermakna saya kurang sihat," katanya dengan ceria.