PENGGAMBARAN salah satu babak membabitkan watak Ailon ketika masih kanak-kanak. Penggambaran ini dilakukan di sebuah kampung di Papar. |
Harian Ekspres
DALAM sebuah keluarga yang sederhana, lahir seorang bayi lelaki diberi nama Ailon Mojilik.
Ailon dilahirkan sebagai kanak-kanak normal yang aktif dan ceria. Namun kehidupan Ailon berubah apabila dia menjangkau umur 8 tahun di mana dia menjadi buta akibat serangan demam panas yang berpanjangan.
Dengan keadaan yang mengubah kehidupannya itu, Ailon bertambah sedih apabila bapanya sendiri tidak dapat menerima nasib yang menimpa anaknya itu sehingga dia dibenci dan dilemparkan kata-kata kesat.
Menyedari kekurangan yang ada, Ailon menerima segala cacian yang dilontarkan kepadanya itu sebagai pembakar semangat untuk meneruskan kehidupannya seperti orang lain.
Ailon terpaksa akur dan menolak untuk menerima pendidikan di Sekolah Khas Pendidikan Orang Buta di Johor kerana enggan berpisah dengan ibunya.
Pada usia remaja, Ailon yang meminati alat muzik mendapat peluang bermain gitar sambil menyanyi dalam sebuah kumpulan kugiran di daerahnya.
Bermula dari situ, bakat Ailon mula menyerlah sebagai penyanyi dan kumpulannya mendapat tempat di hati peminat dan telah membuat mereka sering diundang ke majlis perkahwinan.
P. Dik (membelakang) mengarahkan penggambaran membabitkan babak persembahan pentas. |
Ailon semakin dikenali dan mencetuskan satu fenomena apabila dia berpeluang merakam lagu di Radio Sabah.
Kenangan terindah Ailon ialah apabila kugirannya diberi kepercayaan untuk mengiringi persembahan artis terkenal tanah air yang mengadakan persembahan di Sabah.
Untuk mengikuti kesudahan kisah ini, nantikan kemunculannya di pasaran pada Julai nanti.
No comments:
Post a Comment