Monday 1 October 2012

Usaha pelihara warisan kesenian ayam serama


SERAMA milik Kumpulan Serama Kitani dipilih sebagai juara keseluruhan.

Boyd PV

PAPAR: Penganjuran Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama di sini, Sabtu lepas adalah salah satu usaha oleh sekumpulan peminat ayam serama di sini untuk memelihara warisan kesenian ayam bersaiz kecil itu.

“Kesenian ayam serama adalah suatu warisan dan kami mengambil inisiatif untuk memastikan kelangsungan warisan itu menerusi penganjuran program-program pertandingan seperti ini,” kata pengerusi penganjur merangkap pengerusi protem Kelab Serama Papar, Mohd Zamri Baharudin.

Mohd Zamri
Ayam serama paling cantik dikatakan berasal dari Malaysia, tambahnya ketika ditemui sewaktu pertandingan tersebut berlangsung di Pekan OKK Hj Mahali, di sini.

Pertandingan tersebut adalah yang ke-4 dianjurkan tahun ini dan dijadikan acara tahunan sejak beberapa tahun lalu.

“Setiap kali pertandingan seperti ini dianjurkan, ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari seluruh Sabah. Itu membuktikan, di negeri ini kita mempunyai kelompok peminat ayam serama yang agak ramai,” katanya.

Pada pertandingan itu, seramai 30 orang peserta mempertandingkan sekitar 85 ekor ayam serama dalam lapan kateogri.

Juara keseluruhan dimenangi ayam serama milik Kumpulan Serama Kitani. Ayam tersebut juga menjuarai kategori Ayam Tanpa Lawi.

Kategori lain ialah Serama Anak A yang dimenangi Kumpulan BOTW, Serama Anak B (Kumpulan Serama Kitani), Serama Remaja (Kumpulan Serama Laut), Serama Muda (Kumpulan Serama Laut), Serama A (Kumpulan Serama Laut), Serama B (kumpulan Serama Kitani) dan Serama Induk (Kumpulan Serama Laut).

“Ayam-ayam serama ini diadili, antaranya, dari segi gaya dan aksesori termasuk warna dan bulu,” kata Mohd Zamri.

Gambar-gambar di bawah adalah ayam-ayam serama lain yang mendapat tempat dalam pertandingan itu:








Gambar di bawah adalah suasana ketika pertandingan itu berlangsung:


2 comments: