Wednesday 24 October 2012

BR1M 2.0 mula dibayar Januari ini

KERAJAAN menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai pada Rabu (24 Oktober).

Beliau berkata borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.

Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan, katanya kepada pemberita selepas membuka Alorie Cocoon Wellness Resort di sini.

“Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.

“Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah,” kata Lim.

“Ia akan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa agensi kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September.

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 tersebut.

Sumber:
Harian Ekspres
25 Oktober 2012








No comments:

Post a Comment