API sedang memamah salah satu daripada dua buah rumah yang terbakar dalam insiden itu. |
EMPAT belas orang daripada dua keluarga kehilangan tempat tinggal apabila dua unit rumah pekerja Kg Jambatan Putih, Ladang Imam di Tawau musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 9 pagi, pada Isnin.
Kebakaran di kuarters milik sebuah syarikat perladangan itu adalah yang kedua selepas kejadian pertama pada 3 Ogos lepas ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Menurut salah seorang mangsa, Faridah Raje, 45, dia sedang menyidai kain di belakang rumah apabila tiba-tiba ternampak asap dari dalam bilik rumahnya.
“Saya terus berlari masuk ke rumah dan mendapatkan cucu saya, Sabri Herman, berusia tiga tahun yang berada di dalam bilik yang sedang terbakar,” katanya sambil memberitahu, kanak-kanak itu ditinggalkan seorang diri di dalam rumah itu ketika dia menyidai kain.
Faridh tinggal di rumah tersebut bersama enam ahli keluarganya tetapi ketika kejadian, empat anggota keluarganya berada di tempat kerja.
Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Budi, 26, sedih dengan insiden itu yang dipercayai berpunca daripada kanak-kanak itu bermain mancis, namun dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan anak lelakinya, berumur 2 tahun, yang mengidap penyakit polio. Dia tinggal di kuarters itu bersama lapan ahli keluarganya.
Anggota bomba memastikan api sudah dipadam sepenuhnya. |
“Ketika tiba di lokasi jam 9.13 minit, keadaan rumah sudah terbakar 100 peratus... api dapat dikawal empat minit kemudian,” katanya sambil menambah pihaknya tidak mengalami sebarang masalah menangani kebakaran itu.
Menurutnya, api merebak dengan cepat berikutan strukturnya yang diperbuat daripada kayu.
Norhaini menasihatkan penduduk kawasan terbabit agar lebih berhati-hati dengan sebarang punca api, termasuk memantau anak-anak kecil bagi mengelakkan insiden lebih buruk memandangkan perkampungan itu mempunyai sejarah insiden kebakaran sebelum ini.
No comments:
Post a Comment