Monday 23 April 2012

Peluang menangi Ford Fiesta dan Perodua Myvi

KOTA KINABALU: Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 20 April lalu telah berjaya menarik hampir 100,000 pengunjung, selepas tiga hari dibuka.

Pelbagai aktiviti hibur didik yang dianjurkan mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung.

”Walau pun dalam masa tiga hari ini cuaca tidak menentu, kita amat bersyukur kerana sehingga semalam (Ahad), hampir 100,000 pengunjung telah datang melawat MSAM,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman.

Tahun ini, MSAM 2012 menampilkan pelbagai program baru berteraskan pendidikan pelaburan, di samping program hibur didik yang boleh disertai pengunjung di gerai pameran 50 syarikat yang mengambil bahagian.

Orang ramai pelbagai peringkat umur terus membanjiri tapak pameran untuk menyertai aktiviti ataupun mendapat pengetahuan tentang perkembangan syarikat dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

”Kita percaya, selepas 13 tahun menunggu, rakyat Sabah tidak akan mensia-siakan peluang menyertai MSAM yang kita bawa khas untuk mereka,” katanya. MSAM turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi pengunjung setiap hari menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menutup MSAM 2012 Sabtu ini pada jam 1.30 petang.

”Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum berkesempatan melawat, gunakan peluang enam hari ini untuk melawat MSAM. Melihat kepada sambutan ini, kita jangkakan sasaran 200,000 pengunjung akan dapat dicapai,” tegas beliau lagi.

Pada majlis penutup nanti, pengunjung bertuah MSAM 2012 berpeluang membawa pulang Ford Fiesta 1.6L Sport, motorsikal Modenas, komputer riba, iPad 2 dan Samsung Galaxy Tab 10.1, dan dua hadiah utama akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan peraduan cabutan bertuah di akhbar-akhbar tempatan atau laman web www.pnb.com.my dan borang perlu dihantar di pintu masuk Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 28 April, mulai jam 9 pagi hingga 1 petang.

Sebuah Perodua Myvi 1.5 Extreme juga bakal dimenangi oleh peserta e-peraduan utama di Khemah Pameran.

Di samping itu, mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik setiap hari seperti motorsikal, iPad, Galaxy Tab dan pelbagai barangan elektrik dengan menyertai e-peraduan harian yang dianjurkan.

MSAM 2012 dibuka sehingga Sabtu ini. Penyertaan adalah percuma.

Sumber: Urusetia MSAM

No comments:

Post a Comment