Thursday 9 June 2011

‘Sumazau Seribu’ tarikan utama Rumah Terbuka Kaamatan Malaysia

PERSIAPAN sedang giat diatur untuk acara gilang-gemilang itu.
TARIAN Sumazau yang akan disertai 1,000 orang akan menjadi tarikan utama pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011 di Padang Merdeka di Kota Kinabalu bermula 7.30 malam Sabtu ini  (11 Jun).

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata ‘Sumazau Seribu’ akan melibatkan artis tari anak Sabah dan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara selain Unduk Ngadau (ratu cantik Tadau Kaamatan) tahun ini dan tahun-tahun lepas.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk majlis itu bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman, di sini pada Khamis, beliau berkata Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011 akan dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Kamaruddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka hadir.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim juga dijangka hadir.

No comments:

Post a Comment