Friday 24 June 2011

10 finalis Ratu Ibu sudah bersedia

ANUGERAH ALAM… tiga daripada 10 finalis itu dilihat memetik daun teh pada pagi Jumaat.
KESEMUA 10 finalis pertandingan Ratu Ibu yang dianjurkan sempena ulangtahun ke-65 RTM melengkapkan program dandanan diri selama tiga hari di Sabah Tea di Nalapak, di Ranau, pada Jumaat.

Selepas menghabiskan masa dua hari di sini, ibu-ibu ini akhirnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik pada pertandingan akhir acara itu yang akan diadakan di City Mall di sini, bermula jam 2 petang, Ahad ini (26 Jun 2011).

Hari terakhir mereka di sini bermula dengan lawatan ke taman teh, di mana mereka diberi taklimat mengenai bagaimana daun-daun teh dipilih dan dihantar ke kilang berhampiran untuk diproses.

Selain melawat ladang dan kilang, peserta-peserta terbabut turut melalui pengalaman urutan kaki oleh ikan di sana.

Ia adalah program terakhir mereka sebelum kembali ke Kota Kinabalu untuk raptai dan sesi bergambar pada Sabtu (25 Jun 2011).

Sepuluh finalis itu ialah Genna Daylapan, Nurajemma Mohamad Yusof, Judith Daulip, Henyrita Maria Aliron, Nurul Hasikin Segal, Nadia Hassan, Idayu Bahadin, Rashidah Buang, Eve Chiew Vui Fung, and Kasmanadia Mohd Hardi.

No comments:

Post a Comment