Tuesday 21 June 2011

Pencarian Ratu Pesta Rumbia 9 Julai 2011

Boyd PV

KOTA KINABALU: Penyertaan kini dibuka kepada gadis-gadis yang berumur antara 18 dan 25 tahun untuk menyertai Pertandingan Ratu Pesta Rumbia Peringkat Negeri Sabah Ke-22.

Acara tersebut akan berlangsung pada 9 Julai ini di Dewan Dato’ Shahbandar Makang, Kuala Penyu.

Antara kriteria lain untuk pertandingan ini ialah bakal peserta haruslah seorang warganegara Malaysia dan mempunyai ketinggian tidak kurang daripada 5 kaki 2 inci.

Menurut pengerusi penganjur, Monih Epin, pertandingan tersebut terbuka kepada semua yang memenuhi kriteria itu dari seluruh negeri.

"Borang penyertaan boleh diperolehi dari Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Majlis Daerah Kuala Penyu," katanya sebelum menambah borang yang telah lengkap diisi harus sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada 1 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Monih di talian 019-8106786, Rosaline Oliver (087-884715) atau Marygrace M. Piong (019-5855609).

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, RM700 dan RM600 dan RM400 serta piala masing-masing kepada empat pemenang teratas, dan RM200 setiap seorang kepada 10 pemenang saguhati.

Pesta Rumbia merupakan acara tahunan yang memberi fokus kepada sagu dan pelbagai kegunaannya dalam kehidupan seharian khususnya kepada masyarakat di Kuala Penyu.

Tahun ini, ia akan diadakan dari 8 – 10 Julai di Dewan Dato’ Shahbandar Makang, Kuala Penyu di mana pengunjung-pengunjung akan dapat menikmati pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Dusun Tatana dan Bisaya di daerah itu.

Mereka juga boleh melawat pelbagai gerai pameran serta menikmati buah-buahan tempatan dan melihat secara dekat kaedah-kaedah pemprosesan sagu.

IMBAS... barisan pemenang pertandingan Ratu Pesta Rumbia tahun lalu.


No comments:

Post a Comment