Tuesday 23 October 2012

JAKIM sahkan TABASCO® Halal

MCILHENNY Company, pemilik jenama TABASCO® ingin menegaskan bahawa sos lada yang menggunakan jenama TABASCO® mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia, dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM telah mengesahkan status halal produk Jenama TABASCO®, khususnya Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Pepper Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce yang diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.

Kan Cheung, Pengarah Serantau McIlhenny Company, berkata, “Kami di Mcllhenny Company berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh pengguna kami di Malaysia selama ini dan kami akan terus mengukuhkan jenama kami di Malaysia yang merupakan pasaran penting kami. Kami sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kami kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia. 

"Oleh itu, pensijilan halal untuk sos lada kami yang menggunakan jenama TABASCO® amatlah penting. Kami gembira untuk berkongsi berita baik ini dengan para pengguna kami yang setia dan berterima kasih kepada JAKIM kerana memberikan sijil halal.”
Sejak memulakan perniagaan pada tahun 1868, tradisi keluarga telah menjadi teras bagi McIlhenny Company dalam penghasilan dan pengeluar rangkaian sos lada berjenama TABASCO®. Satu daripada faktor utama yang menjamin kejayaan TABASCO® ialah penggunaan ramuan asli untuk membuat sos, manakala ramuan utama seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak mereka memulakan pengeluaran kira- kira 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan ini adalah dijamin 100% semula jadi dan tidak mengandungi DNA haiwan.

TABASCO® kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan di Malaysia.

TABASCO® diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.




No comments:

Post a Comment