Thursday 27 December 2012

Magisnya Natal

SEBAHAGIAN daripada artis yang muncul di persada seni suara tempatan di bawah label LRX Production milik penyanyi/komposer Lexband Anthony menjayakan sesi fotografi bersama Hiburan Ekspres sempena sambutan Krismas tahun ini untuk tatapan peminat mereka.

Kelihatan dalam gambar ialah (berdiri dari kanan) Alex Ahat, Joveya M Jeuning, Adeline Jocelyn Sikuat dan Mohd Jasni. Ailon Mojilik (barisan tengah, kanan), Kumpulan Trio – Freddy K (barisan tengah, kiri), Floriend K (depan, kiri) dan Fred K (depan, kedua dari kiri), juga Jimmy Santaim (depan, kedua dari kanan) dan Clarence Anthonius (depan, kanan).

Sepanjang tahun ini, LRX Production sangat prolifik dalam menghasilkan lagu-lagu yang berjaya menarik perhatian pendengar, malah ada di antaranya yang mampu bertahan lama dalam carta lagu-lagu tempatan. 

Antara yang paling menonjol ialah Main Tapuk-Tapuk (E Elmar), Ni Kali Lah (Clarence Anthony), Bustop (Lexband), Urang Bilang (Trio), Hangad Ku (Ignatius Valentinus) dan Saya Urang Sabah (Rey).

Pada kesempatan ini, artis-artis LRX Productions mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada peminat-peminat mereka. – Boyd PV

No comments:

Post a Comment