Thursday 27 December 2012

Ziarah di Tanah Deli

SEKUMPULAN 37 peserta program ziarah dari Sabah mengabadikan kenangan bersama Paderi James Bharataputra S.J. (berjubah putih) berlatarbelakangkan bangunan Gereja Maria Annai Velangkanni, di Medan, Sumatera Utara di Indonesia. 

Paderi James, berasal dari India, adalah pengasas dan pencetus reka bentuk unik gereja itu yang dirasmikan oleh Uskup Agung Medan, Mgr. AG Pius Datubara OFMCap pada 1 Oktober 2005. Gereja setinggi tujuh tingkat itu adalah antara mercu tanda tersohor di Medan yang menerima ramai pelawat tempatan dan luar negara sepanjang tahun.

Peserta ziarah dari 17 – 23 Disember, 2012 itu diiringi dua pemandu pelancong, Julais Stephen (depan, ketiga dari kiri) dan Floris Suimin (depan, kiri) dari D’Seven Travel and Tours Sdn. Bhd.

Selain Kota Medan, mereka turut dibawa melawat beberapa destinasi pelancongan popular termasuk kawasan tanah tinggi Berastagi serta bermalam di Pulau Samosir, Danau Toba. – Boyd PV


**********************************
Bermula 1 Januari ini, 
Z-o-o-m! akan melalui suatu transformasi

**********************************

No comments:

Post a Comment