Sunday 2 December 2012

Bedah siasat sahkan Norikoh tidak dirogol

NORIKOH, gadis berperwatakan ceria
meninggal dunia dalam keadaan misteri.
Banyak spekulasi menyelubungi kes kematiannya.
KEPUTUSAN bedah siasat yang dikeluarkan pada petang Jumaat lepas mendedahkan kematian Norikoh Saliwah berumur 16 tahun disebabkan oleh kecederaan dalaman di kepala.

Mayatnya ditemui oleh orang awam yang lalu di tepi jalan dekat Kg Ranau kira-kira 2 kilometer dari pekan Kota Marudu pada 25 November, dan menimbulkan banyak spekulasi di Internet tentang punca kematiannya.

Pegawai Siasatan Kota Marudu Insp. Pirikson Ubak berkata keputusan bedah siasat dari Jabatan Patologi di sini menunjukkan kematian Norikoh disebabkan kecederaan dalaman di kepala.

“Keputusan juga tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan yang menandakan Norikoh telah dirogol,” tambahnya.

Tentang bagaimana dia mendapat kecederaan dalaman kepala, katanya, kes tersebut masih disiasat.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Hamza Taib semasa satu sidang media pada Rabu mendedahkan bahawa Norikoh diiringi oleh kakaknya berumur 32 tahun dan sepupunya berumur 15 tahun untuk mencari kerja di pekan Kota Marudu.


*************************************
Info
Bermula 1 Januari ini, Z-o-o-m! 
akan melalui satu transformasi.  
                       -- Z-o-o-m! Team
*************************************


Sepupunya kemudian ditawarkan kerja di sebuah kedai perabot kira-kira dua kilometer dari pekan, dan selepas ini pengurus kedai tersebut membawa mereka kembali ke pekan dan mengajak mereka minum.

Semasa minum, kakak mangsa sedar dia tertinggal sesuatu di kedai perabot itu dan meminta mangsa mengikut pengurus itu kembali ke kedainya untuk mengambilnya.

Selepas mereka beredar, kakaknya menghubungi mangsa untuk mengetahui keadaannya dan mangsa menjawab dia baik saja. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, mereka menerima berita bahawa mayat mangsa ditemui di tepi jalan dengan kecederaan pada kepalanya.

Ini menjadikan pengurus kedai warga Pakistan berumur 40 tahun itu sebagai orang terakhir diketahui bersama mangsa sebelum mangsa meninggal dunia, dan dia ditahan untuk memudahkan siasatan pada 27 November.

Sumber:
Harian Ekspres
1 Disember 2012

No comments:

Post a Comment