Tuesday 4 December 2012

Ging Bubut Sabah FM jelajah Sabah

*************************************
Info

Bermula 1 Januari ini, Z-o-o-m! 
akan melalui satu transformasi.  

Z-o-o-m! Team

*************************************

ALI melepaskan para penyampai Ging Bubut Sabah fm
di perkarangan Bangunan Bersepadu KPKK
GING Bubut, sebuah medium penyampai Sabah FM bertemu dengan pendengar di lokasi, akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri untuk beramah mesra dengan pendengar setia saluran radio Jabatan Penyiaran negeri itu.

Pengurus Sabah FM Zainuddin Jamlu berkata program jelajah itu juga akan memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat mengenai program dan dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Menerusi Ging Bubut yang dilancarkan pada Ogos 2010, kami cuba untuk membina pangkalan data masayarakat setempat supaya mudah bagi kami untuk menghebahkan maklumat kerajaan kepada golongan sasar.

“Selain membawa acara hiburan, Ging Bubut juga memainkan peranan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai jelajah itu di sini pada Selasa.

Zainuddin berkata program jelajah itu yang menampilkan 12 personaliti juruhebah Sabah FM akan melawat Telupid, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan mulai Selasa hingga 7 Disember, Tambunan, Keningau, Nabawan dan Tenom pada 10-12 Disember dan Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna pada 26-30 Disember.

Beliau juga berkata program itu melibatkan kerjasama dengan Perodua Alza.


ALI (tengah) bergambar bersama para penyampai Ging bubut Sabah fm
sejurus selepas sidang media itu.





No comments:

Post a Comment