Saturday, 6 October 2012

Gadis hilang selepas baru seminggu bekerja

Nurul
ANGGOTA keluarga Nurul Asekin Amat berumur 18 tahun meminta bantuan orang ramai untuk mengesan gadis itu yang tidak pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

Menurut bapanya, Amat Hussin, Nurul tidak pulang ke rumah yang hanya setengah kilometer dari tempat kerjanya di Tanjung Aru setelah dia keluar  bekerja pada jam 1.30 tengah hari, 14 September.

“Saya dan isteri akan menjemputnya dari tempat kerja pada jam 6 petang setiap hari kecuali dia memberitahu kami bahawa dia keluar makan bersama rakan sekerja selepas kerja,” kata beliau sebelum  menambah Nurul baru seminggu bekerja.

Pada hari itu, kata Amat, mereka tidak menjemputnya seperti biasa kerana dia perlu bekerja hingga jam 8 malam.

“Bagaimanapun, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya berulang kali untuk bertanya sama ada dia mahu kami menjemputnya tetapi tidak dijawab, lantas saya menghubungi majikannya dan saya diberitahu Nurul meninggalkan tempat kerja pada jam 8 malam.

Amat Hassan
“Setahu saya, dia tidak mempunyai teman lelaki dan biasanya Nurul akan memberitahu kami di mana dia berada atau dengan siapa dia bersama,” katanya.

Beliau membuat laporan  di balai polis Tanjung Aru pada 15 September selepas Nurul tidak pulang.

“Saya memutuskan untuk meminta bantuan pihak media selepas pelbagai usaha untuk mencarinya gagal,” kata beliau.

Nurul, berketinggian 152cm dengan susuk tubuh sederhana dan rambut paras bahu, dilihat kali terakhir  memakai kemeja lengan panjang berbintik hitam putih, skirt hitam, dan kasut coklat.

Mereka yang mengetahui di mana Nurul berada diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bapanya di talian 014-651 9961 atau ibunya di 014-670 7621.



(Penyiaran artikel ini adalah  khidmat masyarakat daripada Z-o-o-m! Team)

No comments:

Post a Comment