Thursday 4 October 2012

Orang Sabah Style temui peminat nombor satu!

MUSA (kanan) berbual dengan Jack Wong (di kanan Musa), penyanyi utama
dan penari  Chai Nyit Sheng (di kiri Musa) serta anggota kumpulan yang lain.


KUMPULAN Orang Sabah Style, yang mendapat lebih 3.5 juta tontonan untuk video Youtube mereka, menemui peminat nombor satu mereka, baru-baru ini.

Berlangsung di kediaman rasmi Sri Gaya, Datuk Seri Musa Aman duduk bersama penyanyi utama Ah Sheng dan 15 ahli kumpulan itu dalam satu jamuan teh dan perbualan selama lebih setengah jam.

“Kami berbesar hati dapat bertemu dengan beliau dan kami menghargainya kerana beliau meluangkan masa untuk bertemu dengan kami walaupun kami tahu beliau seorang yang sangat sibuk,” kata Jack Wong, 31.

Wong merupakan pengarah dan juruvideo bagi parodi Sabah popular itu untuk video Korea “Oppa Gangnam Style”. Parodi Sabah itu turut menyelitkan mesej perpaduan dan dipaparkan di Youtube beberapa hari sebelum Hari Merdeka.

Wong juga berkata unsur-unsru tarian tradisi Sabah digabungkan ke dalam gerak tari parodi Gangnam itu.

“Kami kagum kerana beliau menonton video itu dan kami sangat tersentuh dengan respon positifnya,” kata Wong.

“Kami rasa sangat seronok khususnya bagi ahli kumpulan yang lebih muda,” kata anggota Sunny Chai Nyit Ngen, 27.

Chai, seorang akauntan, merupakan perunding kewangan bagi kumpulan itu dan abang kepada Chai Nyit Sheng, 19, lebih dikenali sebagai Ah Sheng.

Lebih tiga perempat daripada anggota kumpulan itu berumur antara 17 dan 19 tahun dan mereka agak segan sepanjang jamuan itu berlangsung, katanya.

Itulah sebabnya kenapa Ketua Menteri berseloroh bahawa mereka kelihatan begitu lincah dan berani dalam video itu tetapi amat senyap ketika jamuan itu, kata Geoseph Liong, 27, seorang lagi anggota Orang Sabah Style.

“Ketua Menteri juga memberitahu kami beliau suka menari,” tambah Liong, sambil ketawa.

Menurut Liong, Ketua Menteri memberitahu mereka bahawa apa yang beliau sangat bangga ialah selain mempromosi Sabah, mereka turut menekankan bahawa Sabah adalah sebahagian Malaysia, dalam mesej Merdeka mereka.

Dalam satu pesanan peribadi kepada mereka, Ketua Menteri menulis:

“Sabah bangga dengan kamu. Kamu telah melakukan sesuatu yang besar bagi Sabah dan Malaysia. Saya berharap satu hari nanti, Sabah dan Malaysia dapat melakukan sesuatu yang besar untuk kamu. Saya berharap kamu semua akan terus lakukan apa yang kamu gemari dan mencapai semua impian kamu nanti.”

“Pegangan kami mudah saja,” kata Wong. “Kami cinta negara kami dan kami suka apa yang kami lakukan. Kami akan terus membanggakan Malaysia dan Sabah.

No comments:

Post a Comment