Friday 5 October 2012

Alumni St Joseph Papar anjur majlis 'reunion'

ANTHONY (depan, tengah) bersama
beberapa anggota persatuan alumni itu.
PERSATUAN Alumni St Joseph Papar berhasrat untuk mendapatkan sokongan daripada bekas-bekas pelajar sekolah itu menerusi penganjuran majlis makan malam pertemuan semula untuk menggumpul dana pada 8 November ini.

Penasihat Jawatankuasa Penganjur, Datuk John Anthony berkata majlis makan malam itu, yang dirangka untuk mempertemukan semula kawan-kawan lama dan memulakan rangkaian, akan menyaksikan kutipan yang diperolehi digunakan untuk membeli sebuah premis untuk kegunaan persatuan itu.

Ia juga bagi meraikan sambutan ulangtahun ke-30 persatuan tersebut, tambahnya.

“Bangunan itu akan memberi manfaat kepada ahli-ahli khususnya yang ingin menganjurkan aktiviti. Kami sedang mencari premis di Kinarut atau Kota Kinabalu, mungkin juga sekadar rumah teres,” katanya, Jumaat.

Beliau menambah setakat ini 56 meja telah terjual daripada keseluruhan 80 buah meja yang ditawarkan pada harga RM2,000, RM1,000 dan RM650 setiap satu.

Sebagai alternatif, penganjur juga menawarkan pembelian kerusi-kerusi secara individu pada harga RM200, RM100 dan RM65 setiap satu.

“Sehubungan itu, kami mempelawa semua bekas pelajar untuk mengambil bahagian dan membeli kerusi-kerusi ini atau meja untuk acara tersebut,” katanya.

Anthony, yang juga Pengarah Jabatan Kerja Raya, berkata alumni itu juga berhasrat untuk menjemput Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai tetamu kehormat.

Isteri Pairin, Puan Sri Genevieve pernah belajar di sekolah berkenaan.

Acara itu akan diadakan di Grand Port View Restaurant, di sini.

Sementara itu, hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai RM15,000 tajaan Star Cruises menanti bekas pelajar bertuah yang membeli tiket untuk majlis makan malam itu.

Ini termasuk pelayaran 4 hari-3 malam untuk dua orang dari Sanya, China – Halang Bay dan Danang, Vietnam bernilai RM6,000; pelayaran 3 hari-2 malam untuk dua orang dari Pulau Pinang – Phuket dan Krabi bernilai RM4,000; pelayaran 2 hari-1 malam menaiki Star Pisces ke Hong Kong dan pelayaran 3 hari-2 malam bersama Star Cruises Genting Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Kong 016-832 0384, Raymond 016 – 881 4551 dan Atiza 019 – 881 1768.


No comments:

Post a Comment