Monday, 8 October 2012

Panas! Penggiat seni tempatan berbalas kenyataan di FB

Status FB TFG.

o Tiada niat jahat, sekadar 'bantu promosi', kata Tony Francis Gitom


o No comment, kata Ebi Kornelis




Ricardo Unto & Boyd PV

TERPANGGIL untuk ‘membantu’ promosi jualan DVD telefilem Sailang Anak Kampung, penerbit dan pengarah tempatan Tony Francis Gitom membuat posting ‘panas’ pada akaun Facebook miliknya Sabtu lalu.
Status FB Janrywine.

Akibat posting tersebut pelbagai pihak memberi reaksi, baik positif mahupun negatif. Apatah lagi dalam posting tersebut, terdapat rujukan khusus terhadap pelakon utama Sailang Anak Kampung yang dikatakan tidak membantu promosi.

“Tujuan sebenar saya adalah untuk menghangatkan keadaan agar jualan DVD Sailang Anak Kampung akan lebih berjalan rancak.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang niat jahat… lagipun penerbit telefilem itu juga meninggalkan 100 salinan DVD kepada saya untuk dijual atau dipromosi di kalangan rakan-rakan,” jelas Tony ketika dihubungi Hiburan Ekspres, pada Ahad.

Menurutnya, Bob (penerbit eksekutif Sailang Anak Kampung) bersua dengannya dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya, tertumpu kepada telefilem tersebut.

“Bob berjumpa dengan saya sebelum dia pulang ke KL. Dia menyatakan pelaburannya (untuk Sailang Anak Kampung) di Sabah tidak mendatangkan hasil.

“Saya cuma paparkan
luahan hatinya,
selain menyelitkan
pendapat peribadi
saya,” ujar Tony.


“Dia juga mendedahkan mereka yang menguruskan pemasaran dan promosi gagal dalam menjalankan tugas mereka,” kata Tony.

Tambah Tony, Bob memberitahunya, daripada 1,000 salinan DVD Sailang Anak Kampung, tidak sampai 100 unit terjual sejak dilancarkan beberapa bulan lepas.

“Sebenarnya apa yang saya tulis pada posting Facebook itu adalah berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Bob kepada saya.

“Saya cuma paparkan luahan hatinya, selain menyelitkan pendapat peribadi saya,” ujar Tony.

Tony mendedahkan, Bob turut membuat perbandingan berhubung kerjasama dan komitmen antara pelakon di Semenanjung dan di Sabah.

“Kata Bob, di Semenanjung, pelakon sesebuah drama atau filem akan turun padang dan melibatkan diri secara aktif dengan promosi produk mereka.

“Manakala, di Sabah, kata Bob, pelakon akan melepaskan komitmen mereka sebaik sesi penggambaran selesai. Tapi saya ada memberitahunya, pelakon di sini mungkin sibuk atau terikat dengan komitmen lain, misalnya menyanyi dan sebagainya,” jelas Tony.

Kembali kepada postingnya di Facebook, Tony menyebut bahawa jika dia adalah penerbit telefilem itu, dia sanggup mengambil muka baru dan melatih mereka, lantas “tidak membazirkan wang penerbit”.

Difahamkan pembikinan telefilem itu menelan kos lebih RM150,000.

“Itu adalah pendapat peribadi saya… di mana saya sanggup mengambil pelakon baru dengan bajet sederhana. Dan bukannya membelanjakan RM150,000.

“Untuk standard Sabah, kos produksi telefilem yang dianggap sederhana adalah antara RM15,000 dan RM20,000. Dengan bajet sedemikian, masih ada harapan untuk cover balik modal,” katanya.

Untuk kos lebih RM40,000, kata Tony, memang tiada harapan untuk mendapat apa-apa keuntungan.
“Dalam kes Sailang Anak Kampung, kos mencecah lebih RM100,000 mungkin disebabkan oleh logistik, penginapan dan sebagainya.”

Menyentuh mengenai ‘ulasannya’ terhadap Sailang Anak Kampung di mana dia hanya memberi dua bintang daripada lima bintang, katanya:

“Ya memang saya terhibur menonton telefilem itu, tapi saya hanya memberinya dua bintang. Pemberian ‘bintang’ itu adalah subjektif. Dengan menyatakan, ‘saya terhibur dan memberi dua bintang’, bagi saya, adalah sesuatu yang dikira bagus,” katanya.

Sementara itu ketika dihubungi, pemilik bersama Empayar Bayu (M) Sdn. Bhd, Ebi Kornelis, enggan memberikan sebarang komen.

Ebi.. pelakon utama dan 
pemilik bersama syarikat
Empayar Bayu yang 
menerbitkan telemovie itu.
Empayar Bayu adalah penerbit telemovie itu yang menampilkan Ebi sebagai pelakon selain Marlin Malalin, Janrywine J. Lusin serta Ampal.

Sailang Anak Kampung dilancarkan 18 Julai lepas oleh Datuk Hajjah Jainab DSP. Hj Ahmad, Pembantu Menteri Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah di Grand Ballroom Magellan, Sutera Habour, Kota Kinabalu.

Ia berkisar mengenai watak Bubut (lakonan Ebi) dan Gaman (Janrywine) yang berhijrah dari kampung ke bandar untuk mengubah persepsi orang kampung terhadap mereka. 

Hajat mereka tercapai bila dipilih menyertai geng Joe Rampas tetapi dengan syarat mereka mesti mengutip wang perlindungan di sebuah kampung.

Mereka bersetuju dengan syarat itu, tetapi tidak menyedari bahawa kampung yang menjadi sasaran itu adalah kampung mereka sendiri.

Bubut dan Gaman dihalang oleh seorang pendekar handalan (lakonan Ampal) yang melindungi kampung mereka.

Pelbagai aksi menarik dan lucu melatari telemovie format DVD ini.


MAJLIS pelancaran Sailang Anak Kampung yang disempurnakan
oleh Jainab.
Sumber:
Harian Ekspres
8 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment