Friday 12 October 2012

Apa perlu anda tahu mengenai kaitan styrofoam dan kanser?

BERIKUT adalah kenyataan media oleh Persatuan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) bertarikh 12 Oktober 2012 mengenai bahaya polisterin:

1. CAPS mengesa kerajaan untuk menghapuskan penggunaan polystyrene sebagai alat pembungkusan makanan dan minuman kerana ianya bukan sahaja merbahaya kepada alam sekitar tetapi tidak selamat kepada kesihatan manusia.

2. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Penyelidikan Kanser (IARC) dan Agensi Pelindung Alam Sekitar (EPA) mendapati polystyrene merbahaya kepada kesihatan manusia dan mengkategorikan bahan tersebut sebagai bahan ‘Karsinogen’ iaitu bahan penyebab kanser. Dari segi alam sekitar, polystyrene ini amat merbahaya kerana ianya tidak ‘mesra alam’, mengambil masa lama sehingga beratus tahun untuk proses penguraian, merosakkan ‘eco-sistem’ dan ‘hidupan laut’ sekiranya dibuang ke lautan.

3. Kajian juga mendapati bahawa Polystyrene atau lebih dikenali sebagai Styrofoam yang diproses menggunakan HCFC-22 (Chlorodifluoromethane) mengandungi komponen seperti benzene, styrene yang digunakan dalam industri pengeluar getah sintetik, dan formalin iaitu bahan pengawet mayat yang juga sering disalahgunakan untuk mengawet ikan, daging dan sebagainya.

4. Bahan-bahan tersebut boleh merosakkan sumsum tulang belakang, anemia,stress, mengurangkan produksi sel darah merah, menyebab gangguan pada otak dan sistem saraf, sakit kepala, kurang daya ingatan dan penglihatan, mempercepatkan denyutan jantung kanser payudara dan kanser prostat. Selain daripada itu, kesannya juga boleh menyebabkan perubahan kepada genetik dan menganggu hormon estrogen pada wanita serta memudaratkan kepada wanita yang mengandung.

5. CAPS menasihatkan para pengguna agar mengelakkan daripada mengguna bahan pembungkus makanan tersebut kerana ianya mengandungi kimia berbahaya yang boleh mencemarkan makanan dan minuman terutama sekali apabila bersentuhan dengan makanan yang masih panas, berminyak dan berlemak. Guna alternatif lain atau yang paling selamat ialah membawa bekas dari rumah untuk disimpan dalam kereta atau pejabat untuk kemudahan masing-masing apabila timbul keperluan.

5. Penggunaan styrofoam sebagai pembungkus makanan segera amat berleluasa sekali di negara ini seolah-olah ianya menjadi keperluan asas seharian. Salah satu faktor pendorong kepada peniaga makanan menggunakan bahan ini ialah kerana ianya murah, mudah dan ringan.
6. CAPS berharap supaya kerajaan dapat bertindak dengan segera dan tidak berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan kesihatan rakyat. Kita harus mencontohi negara-negara seperti Korea, Jepun, Kanada, negeri-negeri di Amerika dan China yang telah melarang penggunaan stryofoam dalam penyediaan makanan dan minuman.

7. CAPS banyak menerima aduan daripada pengguna dalam hal ini dan apabila pegawai-pegawai CAPS membuat pemantauan diseluruh negeri, kita dapati bahawa penggunaan ‘tapau makanan’ dari bahan styrofoam ini bukan sahaja dikalangan penjaja makanan ditepi-tepi jalan tetapi juga di kedai-kedai restoran yang kecil dan besar termasuklah kantin-kantin sekolah yang menghidangkan makanan anak-anak sekolah menggunakan bahan tersebut

6. CAPS yakin kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman tidak akan berdiam diri dalam hal-hal yang memudaratkan pengguna kerana konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan itu harus diterjemahkan kepada maksud yang sebenarnya.

JAMES BAGA
Presiden CAPS


No comments:

Post a Comment