Thursday 18 October 2012

Alvin dan Vivian tidak kesal muat naik video porno

CETUS KONTROVERSI... Alvin dan Vivian.
BIARPUN telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas memuat naik gambar bogel bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’, penuntut Malaysia jurusan undang-undang di Singapura, Alvin Tan Jye Yee, 24, masih boleh berkongsi ceritanya dengan tenang, tanpa rasa bersalah atau malu.

Beberapa laporan menyebut, penuntut National University of Singapore (NUS) itu memuat naik gambar dan video lucahnya dengan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, juga rakyat Malaysia, kerana "ingin berkongsi kepada dunia mengenai kehebatan cinta mereka".

Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Alvin telah cetuskan.

"Saya tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarga saya kecewa," dia dilaporkan sebagai berkata.

*************************************
Info
Bermula 1 Januari ini, Z-o-o-m! 
akan melalui satu transformasi.  
                       -- Z-o-o-m! Team
*************************************

Vivian pula berkata dia dan Alvin tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka berdua.

Kami berkenalan di Facebook -- Alvin
Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Alvin dan Vivian dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Difahamkan pasangan kekasih itu kini pulang ke Malaysia dan Alvin akan kembali ke NUS Januari ini untuk menghabiskan pengajiannya di sana.

Alvin merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Dia dan Vivian telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

“Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.
Tidak kisah pendapat orang lain - Vivian

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Alvin turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Vivian telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Straits Times melaporkan bahawa Alvin mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan dari Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Alvin juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Alvin dipetik sebagai berkata: “Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”


No comments:

Post a Comment