Sunday, 17 July 2011

Cermin 1.42kg juara JP Joran 2011


TANGKAPAN ikan cermin seberat 1.42kg membolehkan Sariff Roslin menewaskan 100 peserta lain untuk menjuarai pertandingan memancing JP Joran 2011 anjuran Suria Bumiria Sdn Bhd yang berlangsung Sabtu lalu di jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Sariff pulang dengan hadiah wang tunai RM2,000 dan trofi.

Tempat kedua dimenangi oleh Janidin Ani yang mendaratkan ikan cermin seberat 1.34kg. Janidin menerima wang tunai RM1,000 dan trofi.

Ikan cermin yang ditangkapnya beberapa minit selepas acara memancing itu dimulakan tepat jam 7 pagi turut melayakkan beliau memenangi hadiah untuk tangkapan terpantas bernilai RM200.

Tempat ketiga dimenangi oleh Chong Pui Hiung yang menaikkan ikan buna seberat 1.1kg dan melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM500 dan trofi.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang mewakili Datuk Bandar.

Kelihatan dalam gambar, Robert (kiri) dan pengerusi penganjur, Azman Amarashikin (kanan) mengabadikan kenangan bersama (dari kiri) Sariff, Janidin dan Chong. – Boyd PV


Ikan cermin seberat lebih 300 gram yang ditangkap peserta dari Papar, Aaron Jilip, layak untuk hadiah saguhati.

Lebih 100 orang memenuhi kawasan jeti Jesselton Point


Hasil tangkapan yang layak diadili.

2 comments:

  1. Nak tanya, di mana boleh dapat info awal tentang JP Joran (Kota Kinabalu) yang bakal diadakan di masa-masa akan datang? Sesiapa ada info berkenaan Pertandingan Memancing Terbuka di Sabah, harap boleh share di blogspot kami. TQ.

    ReplyDelete
  2. Penganjur JP Joran ialah Suria Bumiria Sdn Bhd, pemilik Jesselton Point. Boleh tanya di sana.

    Setahu kami, sebuah kolam di Keningau aktif menganjurkan pertandingan memancing. Dapatkan info di laman FB (Antoo Pancing).

    ReplyDelete