Tuesday 12 July 2011

Stacy James Anggin dimahkota Ratu Rumbia 2011


STACY James Anggin, 25, dari Kuala Penyu menewaskan 15 peserta lain untuk dimahkotakan sebagai Ratu Rumbia 2011 yang berlangsung Sabtu lepas di Dewan Dato’ Shahbandar Makang, Kuala Penyu.
Stacy menerima hadiah wang tunai RM1,000, hamper dan mahkota.

Tempat kedua dimenangi Nelly Korolinus juga dari Kuala Penyu. Gadis berumur 24 tahun itu pulang dengan hadiah wang tunai RM700 serta hamper manakala tempat ketiga dimenangi Michelle Henry, 22.

Peserta kelahiran Penampang itu menerima hadiah wang tunai RM600 dan hamper.

Tempat keempat ialah April Nelly Lisius, 20, dari Penampang. April menerima hadiah RM500 dan hamper. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.

Pertandingan ratu itu merupakan salah satu acara untuk memeriahkan sambutan Pesta Rumbia edisi ke-22 yang berlangsung dari 8-10 Jun lepas.

Kelihatan dalam gambar Stacy (depan) diapit oleh Nelly (ketiga dari kiri), Michelle (kiri) dan April. – Boyd PV

No comments:

Post a Comment