Friday 3 August 2012

RM5,000 menanti juara KDM Malaysia Idol

Boyd PV
Harian Ekspres

SEMPENA Festival Kebudayaan Hari Malaysia 2012 anjuran KDM Malaysia di Kudat pada 8-9 September ini, sebuah pertandingan nyanyian dipanggil KDM Malaysia Idol akan dianjurkan yang menawarkan hadiah lumayan kepada tiga pemenang teratas.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua (RM3,000) dan tempat ketiga (RM2,000).

Hadiah saguhati RM200 juga disediakan kepada pemenang tempat keempat dan kelima.

Dalam pada itu, lima peserta di kedudukan teratas juga akan ditawarkan merakam single masing-masing bersama studio rakaman Ampal Productions.

Syarat-syarat pertandingan:

*  Berumur tidak kurang 18 tahun.

*  Belum pernah menjuarai mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan

*  Belum pernah merakam album.

Pemilihan awal akan dibuat di peringkat daerah/kawasan yang mempunyai cawangan KDM Malaysia. Peserta juga boleh menyertai pemilihan terbuka di Kudat.

Di peringkat pemilihan, peserta perlu menyanyikan hanya SATU lagu dalam bahasa KDM.

Di peringkat akhir kelak, finalis akan diminta menyanyikan DUA buah lagu iaitu lagu wajib dalam bahasa KDM dan sebuah lagu pilihan sendiri.

Maklumat lanjut, hubungi Emma (014-3559404), Ampal (019-8101530) atau Bibi (013-8868717)



No comments:

Post a Comment