Tuesday 25 September 2012

Kumpulan teater UMS sertai festival di Ibu Negara

- Sekadar gambar hiasan.
GRUP Teater Lab Universiti Malaysia Sabah akan mempersembahkan teater ‘Mencari Ricka’ pada 3 Oktober ini untuk pertandingan Festival Teater Malaysia di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Ibu Negera yang berlangsung selama lapan hari bermula Sabtu ini (29 September 2012).

Lima kumpulan lain yang turut menyertai pertandingan itu ialah Kelab Estetika Budaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang yang akan mempersembahkan teater berjudul ‘Kebayan’ pada 30 September, Badan Kesenian dan Warisan P. Ramlee dengan teater ‘Perhiasan Kaca’ (1 Oktober) dan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah dengan persembahan ‘Pelantaq’ (2 Oktober).

Majlis Teater Negeri Selangor pula akan mempersembahkan teater ‘Buai’ pada 4 Oktober), dan Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn dengan teater ‘Janin’ pada 5 Oktober.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam kenyataan berkata pementasan teater bermula 8.30 malam hingga 10.30 malam dan percuma kepada orang ramai.

Turut berlangsung, pementasan khas ‘Rebab Berbisik’ arahan Rahimidin Zahari.

No comments:

Post a Comment