Wednesday, 19 September 2012

Jobstreet.com tawar hadiah menarik untuk pengguna Facebook

JOBSTREET.COM menganjurkan pertandingan foto atau video ‘I Found Mine’ untuk semua pengguna facebook. Peraduan ini menawarkan anda peluang untuk memenangi pelbagai gadget menarik.

Pertandingan selama sebulan bermula 17 September itu eksklusif di laman facebook Jobstreet.com di http://www.facebook.com/jobstreetmalaysia.

Jobstreet.com dalam kenyataan pada 19 September berkata peserta perlu merakamkan video atau gambar atau kedua-duanya yang memaparkan diri mereka melakukan kerja mereka dengan penuh gembira menerusi frasa ‘I Found Mine’.

Ia juga boleh mengenai kerjaya impian mereka yang selama ini diimpikan oleh mereka.

Dalam pertandingan itu, peserta dibenarkan menghantar beberapa penyertaan tetapi setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

Pengurus Negara Jobstreet.com Chook Yuh Yng berkata pengguna facebook dan penggunaan telefon pintar berkembang pesat di Malaysia dan komunikasi menjadi semakin mudah dan menyenorokkan.

“Menerusi pertandingan online ini, kami memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi kenangan indah yang tidak dapat dilupakan dalam kerjaya mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment