Tuesday, 25 September 2012

Fairuz, Azeaini wakili Sabah ke peringkat kebangsaan


Pasangan peserta dari Papar muncul johan Bintang P. Ramlee Zon Sabah


Fairuz dan Azeaini (depan) bersama peserta lain.
FAIRUZ Misran dan Azeaini Ag. Ismail dari Papar akan menggalas cabaran Zon Sabah ke pertandingan Bintang P Ramlee Peringkat Kebangsaan di Sarawak Disember ini selepas  mereka menjuarai pertandingan itu  bagi  Zon Sabah 2012, baru-baru ini.

Memilih lagu Jeritan Batinku dan Bintang Malam pada pertandingan itu yang berlangsung di  Pantaran Mesra, RTM, di Kota Kinabalu, kemenangan itu membolehkan Fairuz dan Azeaini masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi dan sijil.

Naib Johan dimenangi Mohd. Syazrul Nizam Mat Hussin (W.P. Labuan) dan Dg. Ku Nurul Fatihah Umi Kalthom Pg. Zainal dari Kota Kinabalu .

Gelaran itu membolehkan mereka pulang dengan hadiah wang tunai RM1,500 setiap seorang, trofi dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta juga dari Papar, Shazmi Misran dan Sazlianti Misran. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan sijil.

Seramai 12 peserta beraksi di peringkat akhir itu yang berlangsung pada 23 September 2012 lalu.

Hadiah-hadiah disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Haji Sairin Karno.

Turut hadir ialah Pengarah Berita Ehwal Semasa yang mewakili Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Jumat Engson; Pengarah Penyiaran Sabah, Abdul Jalani Mahmud serta pegawai-pegawai kanan RTM .



No comments:

Post a Comment