Thursday, 20 September 2012
Polis tahan teman lelaki mangsa bunuh di Bundusan
POLIS di Penampang menahan seorang lelaki tempatan berhubung penemuan mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh, di sebuah bilik di pangsapuri tingkat dua milik wanita tersebut di Bundusan, Penampang, pada Rabu lepas.
Pemastautin Tetap (PR) Rozaidah Binti Lajalo, dari Tawau, anak bongsu antara enam adik-beradik, ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat dari belakang. Difahamkan seutas tali ditemui di sekeliling lehernya.
Ketua Polis Daerah, DSP Ratan Kumar Singh berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 11 pagi di sini pada Khamis untuk membantu siasatan polis dalam kes ini.
“Kami masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengkaji motif pembunuhan,” kata beliau ketika dihubungi.
Adalah dipercayai lelaki tempatan yang ditahan itu adalah teman lelaki mangsa.
Kakak mangsa cuba menghubunginya (Rozaidah) sejak Isnin lalu dan mengambil keputusan untuk mencarinya di pangsapuri tersebut pada Rabu lepas.
Dia terkejut apabila mendapati pintu utama tidak berkunci dan terhidu bau busuk dari salah sebuah bilik yang dikunci.
Dia kemudian menghubungi polis dan mereka menemui mangsa yang memakai seluar dalam dan singlet. Rozaidah ditemui dalam keadaan bertiarap pada kira-kira 6 petang.
Menurut kawan kakaknya, mangsa bekerja di sebuah pusat hiburan pada waktu malam dan bekerja di salun kakaknya pada waktu siang.
Beliau berkata kakaknya menghubungi Rozaidah dua kali pada Isnin (17 September) dan Selasa (18 September) lepas kerana mangsa tidak muncul di salunnya.
Justeru, kakak mangsa pergi mencarinya selepas itu pada Rabu lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment