Tuesday 25 September 2012

SMK St Joseph, Papar menang koir kebangsaan

The Josephian One Voice bersama piala yang mereka menangi.
KUMPULAN koir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, Papar, The Josephian One Voice, menewaskan 16 kumpulan lain untuk menjuarai Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2012, baru-baru ini.

Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, The Josephian One Voice, mempersembahkan lagu Malaysia Baru dan Bumi Malaysia secara acapella untuk meraih wang tunai RM5,000, piala pusingan, hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Harmonix Youth Choir dari SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya (Selangor) dan pulang dengan hadiah wang tunai RM3,000 sementara tempat ketiga dimenangi SMK Methodist, Kuching (Sarawak) dan menerima hadiah RM2,000.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Hassan.

Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negara menyertai pertandingan itu dengan hanya lapan pasukan beraksi di pusingan akhir.

Pertandingan kali ke-7 itu dianjurkan JPNIN, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber:
Harian Ekspres
26 September 2012

No comments:

Post a Comment