Sunday 25 March 2012

Band indie berkampung di Pantai Tanjung Aru



Boyd PV
Harian Ekspres

LEBIH 70 anggota band indie tempatan, artis solo dan peminat mereka mengadakan pertemuan di Pantai Tanjung Aru, dekat Kota Kinabalu, pada Ahad. Acara santai itu dianjurkan oleh rumah produksi KK Music Production (KKMP) sebagai meraikan kejayaan pembikinan album Kompilasi Indie Band Sabah 2011 yang dilancarkan Disember tahun lepas.

Jurucakap KKMP, Rodie Sofazr, berkata acara itu juga dianjurkan sebagai wadah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan facebook KKMP.

Pelbagai acara dianjurkan termasuk persembahan live kumpulan-kumpulan indie yang terbabit dalam album itu termasuk Downunder, Julie & The Maya, Frontman Company, The Heroes, Aftermath, Kenappa Band, Orang Planet, Rock~En~Soul, Xinxerena, Cahaya D’ Folk dan I’m Not Single.

Antara rakan artis yang hadir memberi sokongan ialah penyanyi Ebi Kornelis, The Ariez, Gi-mie, Maharani Band, Acai, Wiwie Daunah, Norizs, Dang Mar Ezzah dan pelakon Shilla.

Kelihatan dalam gambar, sebahagian daripada mereka yang menghadiri acara itu.

3 comments:

  1. assalamualaikum wr wb..ni kan kalau ibu tak komen tak sah ni..hehehe...memang terbaik bila anak2 buat BBQ...dan tempat pulak sesuai sekali ..dan yang lebeh terbaik semua sporting ..hanya kali ini ibu indak barani ambil bahagian dalam games...kerna body mesti segar ada anak2 dari KL ..kalau games gini ibu clumsy sikit ..jatuh nanti .hehehe...tapi bila tarik gundi tu kacian siapa2 yg tarik ibu kalau ibu ambil bahagian..berat ni..hehehe...apa pun all the best to all my KKMP children and everyone there on that day ..May Allah bless all your wishes. TQ, baru puas ni bolih baca susunan cerita ..
    di tepi pantai berlarian
    mencari kerang ketam terjumpa
    hari indah penoh hiburan
    kenangan bersama KKMP tidak dapat dilupa.

    ...waalaikumsalam wr wb..

    salam mesra
    ibu dinima fatimah saad

    ReplyDelete