Monday 5 March 2012

Uji bakat Bintang RTM 2012 di KK, 10-11 Mac

Boyd PV
boyd_pv@yahoo.com

PENCARIAN peserta untuk pertandingan Bintang RTM 2012 akan bermula hujung minggu ini.

Untuk peserta-peserta di Sabah, anda boleh menghadirkan diri di bangunan RTM Kota Kinabalu pada 10 dan 11 Mac (Sabtu dan Ahad) dengan membawa bersama salinan kad pengenalan, sekeping gambar berukuran 4R dan borang penyertaan yang lengkap diisi. Borang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.rtm.gov.my.

Uji bakat ini, bagaimanapun, terbuka hanya untuk warganegara Malaysia yang berumur antara 15 dan 25 tahun.

Selain itu, anda juga mestilah seorang amatur, tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman atau pengurusan dan masih bujang.

Ketika uji bakat kelak, anda bebas menyanyikan mana-mana lagu yang dihasilkan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada irama pop komersil, balada, rock, R& B, jazz, dangdut dan pop etnik.

Genre trash, punk, heavy metal, black metal dan underground serta lagu-lagu yang tidak diluluskan oleh Rakam Khanah RTM tidak dibenarkan.

Anda hendaklah membawa CD minus one untuk lagu yang anda akan nyanyikan dan perlu tampil kemas dan sopan.

Hanya peserta yang layak akan dihubungi, menurut butiran dalam borang penyertaan itu.

Pertandingan mencungkil bakat nyanyian paling lama di Malaysia, Bintang RTM menyaksikan kemunculan penyanyi-penyanyi hebat dari Sabah antaranya Azharina Azhar, Rey Kimara dan Jo-Anna Sue Henley Rampas.

Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram, Misha Omar, Amir Sofaz, Sarah Raisuddin, Farahwahida, Jamal Abdillah, Sudirman Hj Arshad dan Ramlah Ram, antara lain, juga dicungkil menerusi pertandingan itu.

3 comments:

  1. alamak.. bru nmpk iklan la kat RTM.. :C

    wish can join for next year la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tia apa .. anggap saja tahun ini bukan rezeki mu... Ko ada setahun lagi untuk buat persediaan serapi mungkin, ambil kelas vokal ka apa ka, next year, ambil borang awal2 k... hehe

      Delete
  2. Sia teringin sangt jdi pnyanyi...tpi....hjat tu blum trcapai...darah gemuruh meliputi dri sia...adui...apa pun doakn hjat aruah mama sia trcapai yaa amin...

    ReplyDelete